Pelakon Adam Shahz sekali lagi tampil menepis dakwaan bekas isterinya, Fatin Afeefa yang menuduhnya tidak pernah memberi nafkah kepada anak mereka selama empat tahun.
Rentetan itu, menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Adam, 41, mendakwa Fatin memutar belit cerita sehingga membuatkan dirinya yang nampak bersalah di mata orang ramai. Adam mempersoalkan mengapa isu nafkah anak tidak dibawa ke mahkamah sekiranya betul dia tidak menunaikan tanggungjawabnya yang satu itu. Sementara itu, Adam memaklumkan bahawa berlaku kemusykilan di mana bekas isterinya itu tidak sertakan sijil cerai perkahwinan pertama kerana menyatakan ia perkahwinan kedua. Malah, dia turut mempersoalkan perkahwinan mereka sebelum ini yang dikatakan perkahwinan kedua Fatin. "Katanya perkahwinan kedua, tapi dulu kenapa tak ada sertakan sekali sijil cerai perkahwinan pertama?" soalnya. Isu apa pula akan ditimbulkan Adam dan Fatin selepas ini? - CARI |
Suchi replied at 29-10-2022 12:26 PM
Hahahahah
Korang ni berpakat ke naikkan diri memasing yg sendurina?
flipolivio replied at 29-10-2022 01:22 PM
tak berapa paham bila baca.. masa adam ni kawen fatin ni fatin janda ke? dia baru tahu fatin janda ...
ADVERTISEMENT