Seorang pengamal perubatan yang aktif berkongsi ilmu di TikTok memberi peringatan kepada wanita khususnya kaum muslimah sebelum menggayakan fesyen bertema Bollywood.
Dr Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali sebagai Dr Malar mengakui fesyen bertemakan Bollywood yang sarat dengan aksesori berwarna-warni sememangnya menjadi kegemaran ramai. Namun, dia menasihati pemakai supaya berhati-hati kerana ada sebahagian daripada aspek fesyen itu berunsur agama yang boleh membawa hukum haram jika digayakan umat Islam. “Pemakaian fesyen Bollywood ini ada dua komponen. Pertama komponen budaya India dan kedua komponen agama Hindu.
Katanya, aksesori perhiasan seperti tikka, sari atau lenga serta gelang dan sebagainya tidak bermasalah untuk digayakan kerana ia semua adalah budaya. Bagaimanapun, umat Islam perlu berhati-hati apabila mengenakan pottu pada dahi kerana ia berunsur agama. Beliau memberitahu, secara umumnya penggunaan pottu adalah bagi membezakan status wanita, walaupun warnanya boleh dimodenkan mengikut peredaran zaman. Turut terkandung dalam komponen agama jelas Dr Malar, ialah sindoor atau bindi yang dicalit di bahagian tengah dahi. “Saya tidak pasti sama ada hukumnya syirik atau sebagainya menurut agama Islam, sebaiknya anda semak dengan dengan ustaz dan ustazah. "Cuma, sebagai seorang yang beragama Hindu dan banyak berkawan dengan orang Islam, saya tahu kawan-kawan Islam sangat menjaga hukum syirik, hukum murtad, hukum haram,” jelasnya panjang lebar. Jelas beliau, pergaulannya bersama rakan-rakan beragama Islam membuatkan beliau terpanggil untuk berkongsi perkara itu. Dr Malar turut memohon maaf jika perkongsian dibuatnya mengandungi sebarang kesilapan, khususnya dari aspek agama Islam dan mengalu-alukan sebarang teguran daripada agamawan. Mengintai ke ruangan komen, ramai netizen termasuk golongan selebriti menyambut baik teguran Dr Malar dan berharap beliau terus berkongsi sebarang ilmu yang bermanfaat. Sumber: Getaran
|
Goodluckdontcry replied at 29-10-2022 01:23 PM
Den suka klu yg sejenis tau bergaul sesama manusia Dan fhm Akan agama msg2..JD Akan rs terbuka utk B ...
noor2 replied at 29-10-2022 01:33 PM
Ko guna peghak untuk ganti batak kak Good
Goodluckdontcry replied at 29-10-2022 01:23 PM
Den suka klu yg sejenis tau bergaul sesama manusia Dan fhm Akan agama msg2..JD Akan rs terbuka utk B ...
Decaffeinated replied at 29-10-2022 04:31 PM
Kalau cina DAP pakai tudung tu boleh jatuh hukum tak?
sarahmirza replied at 29-10-2022 04:36 PM
Tudung tu budaya, bukan agama ...
Decaffeinated replied at 29-10-2022 04:40 PM
Tell that to ustazah sekolah
krustykrab replied at 29-10-2022 02:49 PM
Aku perasan org melayu ni kalau dah dr zaman tok nenek dia suka dgn apa² benda, maka benda tu aut ...
kotakbaju replied at 29-10-2022 02:47 PM
Kenapa orang kita taknak ikut identiti budaya kita sendiri kenapa perlu tiru budaya luar awat bud ...
ADVERTISEMENT