CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zed Zaidi Berjaya Kekalkan Jawatan Kerusi Nombor 1 Seniman

29-10-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1012| Komen: 4

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berjaya mengekalkan jawatan Presiden yang disandang sebelum ini bagi penggal 2022-2025 dalam Mesyuarat Agung Ke-21 yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), semalam.


Pemilihan yang berlangsung turut menyaksikan Timbalan Presiden disandang oleh Rena Tan, manakala lain-lain jawatan iaitu Setiausaha Agung (Hafiz Nafiah), Penolong Setiausaha Agung (Salman Al Farisi) dan Bendahari (Zarina Mohamad Nor).


Mesyuarat Agung Seniman berlangsung di Finas

Hafiz dalam kenyataan berkata, mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P Ramlee Finas, Hulu Kelang itu dihadiri 100 ahli berdaftar yang aktif keahlian dan layak untuk mengundi.


"Mesyuarat berjalan lancar dan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2022-2025 berlangsung seperti dirancang.

"Seniman berasa terharu dengan sokongan serta dorongan ahli-ahli Seniman yang hadir bagi mengikuti perjalanan mesyuarat pada kali ini.

"Segala cadangan dan pandangan akan diambil kira untuk kepimpinan baharu Seniman meneliti segala aspek sebelum dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Senarai ahli jawatankuasa Seniman bagi penggal 2022-2025 ialah; Aril Pilus, Datuk Zamzuri, Datuk Amir, Tony Tuah, Nor Azifah, Azura Aziz dan Datuk Subash.

Pemeriksa kira-kira pula ialah Samsuri Shahrom dan Sharifah Muhamad.

"Seniman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang sentiasa bersama kepimpinan Seniman selama ini.

"Insya Allah kepimpinan baru Seniman akan terus memperkasakan lagi dasar-dasar Seniman di bawah kepimpinan Presiden Zed Zaidi untuk penggal baru ini," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-10-2022 12:56 AM
Kenapa ramai pemegang jawatan yang aku x kenal.
Quote Perawankota 30-10-2022 05:25 AM
Dah baper byk jasa dia sepanjang jadi seniman ni?
Quote exclusive_vvip 30-10-2022 09:19 AM
100 orang je ahli? Patut la industri seni Malaysia x ke mana..retis2 pun x ramai nak join..dari zaman iols skolah lagi kot ada isu retis2 xnak join Seniman ni, ke persatuan2 lain tah..tambah2 yg dok tgh popular, mana mau nyer..pikir diri sendiri je la memasing..tu psl asyik muka zed zaidi je jadi presiden..kalu ramai jadi ahli dan proaktif, banyak la benda bleh ketengah @ suarakan..tapi ni sendu, asyik muka itu je la..
Quote simmes 30-10-2022 09:59 AM
Ni persatuan syok sendiri gamaknya entah sapa2 je dapat & kekalkan jawatan ????

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.032529 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top