Seorang ibu sarat hamil kembar dan anaknya berusia 22 bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Bintang semalam.
Kosmo! Online melaporkan, kolum Kosmo! Prihatin pada tahun lalu pernah menyiarkan kisah Sayyid Uwais menderita otak di luar tempurung kepala. Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Sayyid Uwais Al-Qarni, 22 bulan yang merupakan anak ketiganya pula menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Setiu di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu dari Chiku, Gua Musang, Kelantan. “Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan Perodua Alza itu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. “Sebuah lori treler tangki minyak yang berada di laluan berkenaan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini. Afandi berkata, kemalangan itu turut menyebabkan dua beradik Sayyid Uwais Al-Qarni iaitu Nur Qaireen Luffiya, 5, dan Sayyid Lutfi, 7, masing-masing patah kaki kiri dan tangan kiri. Tambah beliau, suami Fatin Hazlin Dahlia iaitu Mohd Lekman Zakaria, 36, pula cedera ringan. Kosmo! 24 Februari 2021 melaporkan Sayyid Uwais Al-Qarni atau dipanggil Adam oleh keluarganya dilahirkan dengan keadaan otaknya berada di luar tempurung kepala, lumpuh dari bahagian pinggang, mempunyai lebihan air di dalam kepala dan menghidap penyakit saraf. Nasib bayi itu mendapat simpati ramai yang menghulurkan sumbangan bagi mendapatkan rawatan terbaik termasuk pembedahan di bahagian belakang bagi membetulkan saraf. Sumber: KOSMO! ONLINE |
noor2 replied at 29-10-2022 10:49 AM
Innalillah...
bakingsoda replied at 29-10-2022 10:47 AM
kalau dah disebut hilang kawalan tu sbb laju la ape lagi, kesian anak2 yg hidup
becir replied at 29-10-2022 11:06 AM
Yg hanat driver cedera ringan je
mrsamz replied at 30-10-2022 06:18 AM
Anak baru setahun dah mengandung 8 bulan..maknanya habis pantang terus lekat lagi?
ADVERTISEMENT