CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyakit Kulat 'Disease X' Boleh Bawa Malapetaka Kepada Dunia

29-10-2022 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3623| Komen: 25

penyakit kulat 'Disease X' boleh bawa malapetaka 
Peningkatan kebarangkalian untuk manusia maut dari penyakit berjangkit fungus dipanggil sebagai 'Disease X' boleh bawa malapetaka kepada dunia.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) penigkatan mendadak berlaku kerana ia kini sukar untuk dirawat dengan antibiotik biasa.

Selain itu, peningkatan pergerakan manusia di antara negara di samping pemanasan global menyebabkan risiko itu bertambah buruk, kata pakar.


Gambar hiasan - Foto: Johns Hopkins Medicine

Ahli perubatan juga telah menyenaraikan 19 jenis fungus yang perlu diberikan perhatian segera bermula daripada yang kritikal kepada sederhana kepentingannya.


Dari empat yang terletak dalam kategori kritikal, satu patogen yang dikenali sebagai Cryptococcus Neoformans telah disenaraikan sebagai ancaman yang besar.

Kulat patogen yang berbahaya itu boleh hidup di dalam tanah dan kayu selain mempunyai kadar kematian di antara 41% sehingga 61%.

Satu lagi patogen yang terletak di bawah kategori kritikal adalah kulat Candida Auris yang potensinya untuk menjadi wabak adalah tinggi dan telah menjangkiti beberapa hospital.


Foto: Getty Images/Science Photo Library RF

Ia mempunyai kadar kematian di antara 29% sehingga 53% dan adalah yang paling kuat ketahanannya kepada rawatan anti-fungus.

Patogen ketiga dalam senarai kritkal ialah Aspergillus Fumigatus, sebuah kulat yang boleh masuk ke dalam badan melalui pernafasan dan merebak ke otak berpotensi membunuh mangsanya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 29-10-2022 10:45 AM
Sooo easyy to kill human.... cite ni kek manoo.. obersea ke.. indon aptika ke londonnn..
Quote Perawankota 30-10-2022 05:29 AM
So, mcmana kulat ni boleh spread ke orang ramai?
Quote Zack8hunter 30-10-2022 10:58 AM
ber PKP balik ke kita ni nanti??
Quote wanawina 30-10-2022 11:09 AM
Kulat2 dia sebut ni ada sbb ramai sgt dr start antibiotic sesuka hati deme. Patutnya boleh start low class tapi pegi start yg high class.

satu pasal antibiotic yg cuols kena paham ialah dia kena start yg bersesuaian dgn kuman yg org tu ada. Tapi sbb keputusan kuman tu lambat makanya dr akan bg antibiotic yg akan cover beberapa kuman yg dijangka orang tu akan ada.

Sebab tu kulat ni boleh terjadi dekat hospital.

Pendek kata penggunaan antibiotic tanpa kawalan dan tidak sesuai boleh sebabkan benda ni. Dan possible juga nnt weols tak ada dah antibiotic yg nak cover sbb kuman dah kuat sangat.
Quote cmf_premierleag 30-10-2022 11:11 AM
wanawina replied at 30-10-2022 11:09 AM
Kulat2 dia sebut ni ada sbb ramai sgt dr start antibiotic sesuka hati deme. Patutnya boleh start low ...

Means kene cipta the strongesttt antibiotic la lps ni utk lawan kulat yg dah tak kebal lg dgn antibiotic? Mcm tu ke?
Quote green~tea 30-10-2022 11:22 AM
Edited by green~tea at 30-10-2022 11:23 AM
wanawina replied at 30-10-2022 11:09 AM
Kulat2 dia sebut ni ada sbb ramai sgt dr start antibiotic sesuka hati deme. Patutnya boleh start low ...


Ooooo begitu kisah nya..

High risk laaa pada sapa2 yg keje spital....

Adakah ini bermakna industri perbomohan bakalan mendonia???  Halal haram syirik kafir murtad tolak tepi
Quote wanawina 30-10-2022 12:54 PM
cmf_premierleag replied at 30-10-2022 11:11 AM
Means kene cipta the strongesttt antibiotic la lps ni utk lawan kulat yg dah tak kebal lg dgn anti ...

To tell you the truth, dunia tak banyak cipta antibiotic baru. Even penicilin pun masih digunakan sampai sekarang yach walaupun dicipta berapa puluh tahun dolu. Antibiotic baru pun masih dalam kajian.

Kuman sentiasa berevolusi utk jd lebih kuat.
Quote wanawina 30-10-2022 12:57 PM
Edited by wanawina at 30-10-2022 01:00 PM
green~tea replied at 30-10-2022 11:22 AM
Ooooo begitu kisah nya..

High risk laaa pada sapa2 yg keje spital....


Bukan yang keje hospital jah sis, pesakit2 pun risiko besar sis. Yg mortality dlm artikel meols rasa menjurus kepada pesakit, especially yang ill patient mcm dekat icu. Kulat2 ni pulak perlukan specific antifungal. Dan yang worrying sbb deme ni boleh duduk di environment hospital.

Bomoh meols rasa akan berleluasa satu hari nanti. Hahaha
Quote iloveitmc 14-11-2022 03:40 PM
Perawankota replied at 30-10-2022 05:29 AM
So, mcmana kulat ni boleh spread ke orang ramai?

hmm mesti daripada sentuhan ni. tak pun boleh je merebak daripada pakaian ke. mungkin pakaian tak cuci 100% bersih so ada kuman or bakteria melekat. bahaya betul lah zaman sekarang ni
Quote epullipan 14-11-2022 04:08 PM
bahaya betul..kulat pon bole membunuh..kalau camtu kebarangkalian kurap akan berevolusi adalah tinggi
Quote becir 14-11-2022 04:36 PM
wanawina replied at 30-10-2022 11:09 AM
Kulat2 dia sebut ni ada sbb ramai sgt dr start antibiotic sesuka hati deme. Patutnya boleh start low ...


Yg u sebut ni MRSA tu ke?
Quote wanawina 14-11-2022 05:43 PM
becir replied at 14-11-2022 04:36 PM
Yg u sebut ni MRSA tu ke?

Mrsa bukan kulat kaka. Kulat ni mcm spesis candida, aspergillus. Candida bukan candida beshe2. Spesis auris yg boleh duduk dekat environment.

Mrsa tu sejenis bakteria kaka. Tapi dia dah ada antibiotic resistant.
Quote asmurai 14-11-2022 08:01 PM
Dunia dah nak kiamat
Quote nasalo 15-11-2022 07:47 AM
iloveitmc replied at 14-11-2022 03:40 PM
hmm mesti daripada sentuhan ni. tak pun boleh je merebak daripada pakaian ke. mungkin pakaian tak  ...

biasanya kalau kulat ni dia kira lebih kurg mcm bakteria la kan? dia bukan bakteria tpi cara dia merebak tu senang membiak dkt lumut mcm tu kan?
Quote Simunggu 15-11-2022 07:56 AM
kulat lah pula.....sekarang makan apa pula..bapa kelawar?
Quote iloveitmc 16-11-2022 09:43 AM
Edited by iloveitmc at 23-11-2022 12:19 PM
nasalo replied at 15-11-2022 07:47 AM
biasanya kalau kulat ni dia kira lebih kurg mcm bakteria la kan? dia bukan bakteria tpi cara dia m ...

aah betul tu. so kalau pakaian kotor ke ada bakteria ke memang cepat lah merebak ke orang lain. tak melalui sentuhan pun boleh merebak. kita memang kena pastikan pakaian kita ni dicuci hilang segala bakteria dan kuman barulah selamat.
Quote nasalo 17-11-2022 02:54 PM
iloveitmc replied at 16-11-2022 09:43 AM
aah betul tu. so kalau pakaian kotor ke ada bakteria ke memang cepat lah merebak ke orang lain. ta ...

oh yaa..hmm sebelum ni aku basuh je dgn tangan sebb malas woo nk pegi dobi pastu mahal lak..tpi sejak covid ni ah aku cam ada terfikir ada bagusnya kalau ada mesin basuh yg boleh pastikan bakteria ni hapus terus tkde ah aku rasa paranoid setiap kali balik rumah
Quote sharlenetexas 17-11-2022 02:59 PM
Perbincangan mesin basuh kembali lagi


Quote green~tea 17-11-2022 03:01 PM
iloveitmc replied at 16-11-2022 09:43 AM
aah betul tu. so kalau pakaian kotor ke ada bakteria ke memang cepat lah merebak ke orang lain. ta ...

So aku nak kena beli sabun cap apa elok???

Tadi kat FB ke google news ada lalu feed pasal tips campak aspirin dalam washing machine

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top