CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-tiba Jadi Bangsawan, Rafizi Ingatkan Calon Jangan Mendongak Langit Jika Terpilih

29-10-2022 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 683| Komen: 1

Rafizi Ramli berpesan kepada semua calon PKR supaya sentiasa bermuhasabah dan merendah diri sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Katanya, wakil rakyat tidak boleh mendongak langit sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat walaupun mengalami perubahan dalam kehidupan.

Menurut beliau, wakil rakyat adalah pekerja kontrak yang akan dinilai oleh rakyat selepas lima tahun, jadi, wajar berkhidmat dan memikul amanah dengan sebaiknya.


Twitter NST

“Rakyat mahukan wakil rakyat yang tawaduk, rendah diri. Ingat, bila menang kita kerja bersandarkan kontrak lima tahun, di akhir nanti, rakyat akan menentukan sama ada kontrak disambung atau tidak. Jangan lupa.


“Jangan disebabkan dipilih sebagai wakil rakyat, tiba-tiba hidup dengan cara yang lain, tiba-tiba jadi bangsawan tak nampak orang dulu bawa kereta biasa tak sampai lima bulan sudah bawa kereta besar. Rakyat akan marah kerana kamu makan gaji dengan rakyat,” katanya pada malam pengumuman calon PKR di Padang MPAJ, Taman Kosas.

Dalam pada masa sama, Rafizi turut mengingatkan semua calon PKR untuk tidak mudah mendabik dada dan lupa diri sehingga lupa kehidupan sebagai seorang manusia yang normal.

“Itulah yang melahirkan katak-katak dan orang-orang gila di dalam politik. Sebab bila mereka jadi wakil rakyat jadi lupa bahawa mereka itu rakyat biasa cuma ikat kontrak dengan rakyat. Mereka takut untuk kembali hidup sebagai rakyat.

“Nasihat saya, kalau ingin tidak kena maki dengan rakyat, hiduplah seperti biasa walaupun sudah menjadi wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, Rafizi turut memberi pesanan kepada ahli-ahli PKR yang tidak dipilih sebagai calon bagi menghadapi PRU-15.

“Kepada mereka yang mendapat tempat, bukan sebab kamu hebat, tetapi sebabnya kamu akan diuji kalau kamu menang peluang untuk membuat dosa lebih banyak daripada yang lain.

“Kalau kamu tak dapat tempat, sekiranya kita pandang secara baik, itu maknanya insya-Allah ada ruang lebih sedikit kepada kamu untuk belajar, bina ilmu dan kematangan supaya bila sampai masanya kamu akan jadi yang berkhidmat kepada rakyat paling baik,” ujarnya. 


Loading FB Post...


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zak@5128 29-10-2022 08:52 AM
Kalau kamu tak dapat tempat, sekiranya kita pandang secara baik, itu maknanya insya-Allah ada ruang lebih sedikit kepada kamu untuk belajar, bina ilmu dan kematangan supaya bila sampai masanya kamu akan jadi yang berkhidmat kepada rakyat paling baik. Katanya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.223635 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top