CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Langsungkan Perkahwinan Dua Patung Sek# Di Tapak Suci Buddha

29-10-2022 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1514| Komen: 6


Bukan sahaja mengahwinkan dua patung alat permainan orang dewasa, malah seorang lelaki melakukannya di sebuah tapak suci penganut Buddha di Myanmar.


Mirror kelmarin melaporkan, dia ditahan susulan perbuatannya itu.


Foto: CEN

Zarni Aung, 26, memakaikan dua patung itu dengan pakaian tradisional dan tiara sebelum membawanya ke Pagoda Shwedagon Yangon untuk dikahwinkan pada 22 Oktober lalu.

Aung datang bersama tujuh yang lain ketika ditahan oleh pengawal keselamatan. Mereka kemudian memasang khemah besar di tempat letak kereta untuk melaksanakan upacara tersebut.



Foto: CEN

Rakaman memaparkan kumpulan itu menawarkan bakul bunga dan buah-buahan sebagai hadiah sempena perkahwinan dua patung itu sambil diperhatikan pelawat lain.

“Kami telah memfailkan kes terhadap Zarni Aung dan kumpulan itu kerana memfitnah agama Buddha,” kata pegawai Kementerian Hal Ehwal Agama dan Kebudayaan Burma.

Kumpulan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta Toyota Alphard berwarna hitam sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) bersama dua patung besar.

Kedua-dua patung itu dilaporkan dibeli dari China dengan tinggi 167 sentimeter (sm).


Foto: CEN

Kementerian itu menambah, kumpulan itu turut membawa sebuah anak patung kecil dengan tinggi kira-kira 17 sm. Mereka berdoa kepada patung kecil itu sebelum mengahwinkan dua patung yang lebih besar.

Seorang kakitangan yang tidak dikenali yang didakwa membenarkan kumpulan itu melakukan upacara tersebut di tempat letak kereta juga akan disiasat.


Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zak@5128 29-10-2022 08:50 AM
Akhir zaman
Quote zuuu 29-10-2022 11:51 AM
Dah kenapa ko???[em:1:]kalo ko kahwin ngan patung tu aq leh terima lagi tapi kenapa pulak ko g kahwinkan 2 patung seks tu,fetish lesbian kah???
Quote sharlenetexas 29-10-2022 01:10 PM
Sewel?


Quote midori888 29-10-2022 01:16 PM
kenapa pengantin dedua patung ppuan....
Quote Omai 29-10-2022 04:07 PM
lucunya lah..
Quote Decaffeinated 29-10-2022 04:42 PM
Satu usaha nak halalkan gay marriage di Myanmar. Start dengan patung dulu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.667588 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top