CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Institusi KPM Cuti Lima Hari Untuk Mengundi

28-10-2022 08:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 879| Komen: 1

Semua pelajar di Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi cuti pelepasan lima hari bermula 17 hingga November untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan ketetapan itu selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai tarikh hari pengundian pada 19 November.



"Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing," kata kementerian itu.

Ujar KPM, pelepasan cuti itu juga sebagai tanda sokongan kementerian terhadap pelaksanaan Undi 18 yang diwartakan kerajaan fasa 1 Disember tahun lalu.

"Sehubungan dengan ini, semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 28-10-2022 09:33 PM
Anak dah call suh ambil 17hb ..cuti seminggu katanya...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.115756 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top