CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rosak Reputasi Industri, Awesome TV Gesa Finas Ambil Tindakan Tegas Terhadap A.Aida

28-10-2022 08:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4610| Komen: 45

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FInas) mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, Datuk A. Aida susulan kenyataannya yang disifatkan boleh merosakkan reputasi industri seni.


Adam berkata, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas, A. Aida tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana paras rupa  bukan faktor penentu kejayaan sesebuah karya.


Utusan/MalaysiaKini

“Saya pasti ramai penggiat seni bersetuju kenyataan itu tidak bijak dan boleh merosakkan industri seni, apatah lagi dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah Finas. Kami berpendapat Finas perlu mengambil tindakan tegas terhadap penerbit tersebut


“Kenyataan A Aida jelas menunjukkan dia tidak layak berada di Finas, apatah lagi menggalas tanggungjawab  Ahli Lembaga Pengarah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penerbit sensasi itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan rupa paras adalah elemen penting untuk menjadi pelakon dan tidak kisah sekiranya pendapatnya itu dikecam.

Jelas A. Aida, sebagai penerbit, dia mempunyai hak untuk bersuara secara peribadi walaupun kenyataan itu mungkin menyinggung mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendiriannya.

Adam berkata ,Awesome TV sentiasa memberi peluang sama rata kepada semua penggiat seni untuk memainkan peranan, baik di depan atau di belakang kamera merentasi setiap peringkat umur.

“Dari hari pertama kami bersiaran pada Ogos 2020, kami tidak mengamalkan diskriminasi dalam menentukan pembabitan mana-mana anak seni dalam program terbitan kami.

“Bakat sentiasa dijadikan faktor nombor satu yang kami tekankan. Kami juga sentiasa menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelakon, bermula sesi pemilihan barisan utama sesebuah produksi.

“Sesebuah karya perlu ada keseimbangan untuk menjadikannya hebat dan diterima ramai. Bakat, strategi pemasaran, jalan cerita dan pengarahan yang baik adalah formula tepat untuk menarik tontonan masyarakat,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 28-10-2022 09:43 PM
Ada banyak faktor industri kita mundur, dan salah satunya adalah rupa paras pelakon tu sendiri. Sebab tu industri kita nampak kampung dan murah, semua disebabkan rupa yang kurang elok. Kalau nak maju selangkah, kena start pilih yang ada rupa tapi dalam pada masa yang sama, berbakat besar. Aku yakin A. Aida tahu apa yang terbaik untuk karya2 seni dia, mesti dia cari yang pakej lengkap iaitu ada rupa tapi dalam pada masa yang sama, ada bakat.
Quote Nurul8001 28-10-2022 09:49 PM
Edited by Nurul8001 at 28-10-2022 09:51 PM

Sy rasa,kalau pelakon tu rajin, dia boleh jadi pelakon yg bagus. Rosyam Nor masa "oh peperiksaan" dulu kayu gak. Kak Lina pompom pernah kena kutuk masa berlakon gerak khas, mesti kome tak ingat,kan?dia berlakon sekejap je jadi konstabel

Yg penting, paras rupa tu polish. Siti Nurhaliza pun naik sbb rupa dia cantik. Cer kalau harap suara je, memang tak ke mana lah
Quote Belibis 28-10-2022 10:10 PM
Nurul8001:  Edited by Nurul8001 at 28-10- ...

Ya..ya..ramai suara best,tapi sendu sebab wajah kureng sikit..tapi a aida tidak perlu terlalu jujur dalam membuat kenyataan..kena ada lapik2 sikit baru tak jadi isu .
Quote gigahertz 29-10-2022 12:03 AM
Mcm.mana la dia boleh dapat jawatan lembaga finas
Quote nakkomenjugak 29-10-2022 12:18 AM
I mean... karya2 company sheol
lantak sheol laaaa
at the same time boleh acik2 rembes depan tibi
gegaran skala richter di mutyara khorsani
nengok rupa jejak2 yang jejambu itcheww


memang ko expect acik2 nak merembes nengok muka ala2 soeb... contoh
Quote LadyCarefree 29-10-2022 12:30 AM
Si katijah ke apa nama tu muka desa aura xde berlakon kayu dia ambil jugak jd heroine.
Quote rogayahtop 29-10-2022 01:21 AM
mmg tak akan maju industri kalau yg mcm a aida produsernya


Quote wirazam 29-10-2022 06:32 AM
Belibis replied at 28-10-2022 10:10 PM
Ya..ya..ramai suara best,tapi sendu sebab wajah kureng sikit..tapi a aida tidak perlu terlalu jujur ...

Sokong Aida..dia Ada niche dia..kalau CEO awesome TV X setuju , ko boleh produce another niche drama yg guna so called a listed actors/actress..masing masing ada apiece of cake kan ..dan bersainglah secara sihat..
Acik2 forum sebahagian besar akan tonton drama niche produce by Aida production sbb nak layan citer ringan2 hiburan sambil menikmati indahnya ciptaan tuhan setelah penat bekerja etc etc..
CEO awesome boleh produce drama/ telefilm serious yg ambil so called a listed / artistics actors etc etc semua tuh
Quote wirazam 29-10-2022 06:33 AM
LadyCarefree replied at 29-10-2022 12:30 AM
Si katijah ke apa nama tu muka desa aura xde berlakon kayu dia ambil jugak jd heroine.

Heroin ni muka mcm Janna nick la...kalau org kata adik Janna pun rasanya ramai yg percaya
Quote wirazam 29-10-2022 06:35 AM
nakkomenjugak replied at 29-10-2022 12:18 AM
I mean... karya2 company sheol
lantak sheol laaaa
at the same time boleh acik2 rembes depan tibi

Kannn..lainla drama production by finas, ko boleh la serang finas..
Masa kecik kecik dulu selalu tgk drama pendek sang kancil Dan buaya kot....produce by finas ..
Quote Acikgomen 29-10-2022 06:50 AM
nakkomenjugak replied at 29-10-2022 12:18 AM
I mean... karya2 company sheol
lantak sheol laaaa
at the same time boleh acik2 rembes depan tibi

Haloooooo watitetek rembes jewwww tgk soeb
Quote de_ikea 29-10-2022 06:55 AM
Acikgomen replied at 29-10-2022 06:50 AM
Haloooooo watitetek rembes jewwww tgk soeb

Hihihi. Faktor kewangan boleh menutup rupa. Faktor bakat belum tentu boleh menutup rupa
Quote SANKURIANG 29-10-2022 07:00 AM
Elakunkan watak kakak di kampong...tapi rambut warna blonde...apo??????
Quote tulip-rain 29-10-2022 07:13 AM
wirazam replied at 29-10-2022 06:32 AM
Sokong Aida..dia Ada niche dia..kalau CEO awesome TV X setuju , ko boleh produce another niche dra ...

"Sokong Aida..dia Ada niche dia..kalau CEO awesome TV X setuju , ko boleh produce another niche drama yg guna so called a listed actors/actress..masing masing ada apiece of cake kan ..dan bersainglah secara sihat...."

Setuju dgn ape yg uols komen ni. Masing2 ade cara dia utk terus berada dlm bidang ni. Rezeki tu datang cara berbeza. Takkan tu pun diorang ni tak faham.
Asyik nak meroyan isu sama je sudahnya tak kemana pun, pemalas nak usaha.
Yg dikata berbakat sangat pun (kononnya) nak keluar malaysia pun susah. Habis2 gi indonesia je.
Quote MatDeghem 29-10-2022 07:18 AM
lantak korang lah.....

Quote mawardia 29-10-2022 07:20 AM
Alahai in denial nye masing-masing punnnn.
Quote Pak.dolla 29-10-2022 07:38 AM
mcm acik bawang kat opis den membawang xda mood tgk drama kul 7 kek tb3, depa kata salah pelakon watak utama tak lawa kertu muka garang...depa tacod..
Quote ladybugz 29-10-2022 08:04 AM
terima jelah kenyataan. nama pun industri hiburan yg melaghakan. mmg la itu pakej yg wajib ada esp perempuan wajib muka tu cantik sbb pandai berlakon ni boleh ditraining esp zaman skrg. makcik2 yg tgk drama kat tv tu pun wajib nk tgk heroin yg cun sbb boleh tenggelam dlm dunia fantasi mereka. wajah cun org senang nk kesian nk maafkan. boleh bawak skrip drama yg mcmana pelik sekalipun. so takyah buat isu sgtla kenyataan a aida tu. itu adalah fakta.
Quote babycc 29-10-2022 08:31 AM
LadyCarefree replied at 29-10-2022 12:30 AM
Si katijah ke apa nama tu muka desa aura xde berlakon kayu dia ambil jugak jd heroine.

Betul2.. kepala nampak besar dari badan.. muka pon bosan..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.089914 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top