CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesohor TikTok Nafi Bunuh 2 Lelaki Selepas Ibu Diperas Ugut Sebar Video Lucah

28-10-2022 08:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1248| Komen: 3

Seorang wanita di Britain didakwa membunuh dua lelaki selepas salah seorang daripada mereka menjalin hubungan sulit dengan ibunya dan memeras ugut mangsa menggunakan pita seks, lapor akhbar Daily Star semalam.


Mahek Bukhari, 23, menafikan dakwaan bahawa dia merancang pembunuhan itu untuk menghalang Saqib Hussain, 21, daripada menyebarkan imej lucah ibunya, Ansreen Bukhari, 45. 


Mahek didakwa merancang pembunuhan dua lelaki pada 11 Februari lalu. - Instagram

Saqib dan rakannya, Mohammed Hashim Ijazuddin, 21, maut apabila kereta dinaiki mereka dirempuh di jalan raya dan terbakar pada tengah malam 11 Februari lalu.  


Dalam perbicaraan mahkamah, Mahek yang merupakan seorang pesohor TikTok telah melancarkan ‘perangkap’ untuk ‘mendiamkan’ Saqib selepas dia mengancam untuk menghantar pita seks Ansreen kepada suami dan anak lelakinya.

Saqib didakwa memeras ugut Ansreen dan menuntut wang £2,000 (RM10,928) hingga £3,000 (RM16,392) sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video lucah itu.

Dua lelaki dari bandar Banbury itu terbunuh apabila kereta Skoda Fabia yang dipandu mereka dengan laju melanggar pokok dan terbelah kepada dua bahagian di bandar Leicester.

Rakaman panggilan kecemasan dikemukakan kepada hakim di mana Saqib didengari memberitahu bahawa mereka dikejar oleh lelaki bertopeng. Dia kemudian menjerit sebelum bunyi rempuhan kuat kedengaran.

Mehek didakwa atas dua pertuduhan membunuh.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 28-10-2022 08:27 PM
Lawa maknya tp bakal mereput di penjara.
Yg dua ekor tu dah mcm pondan twitter dok catfish lepas tu ugut jantan, nasib dekat malaysia ni jantan tak ganas mcm pompuan ni
Quote intan244 29-10-2022 06:55 AM
wow macam drama
maknya yg membirah anak pompuan kena masuk jail.
Quote Sazreena 29-10-2022 02:07 PM
Dalam jel jadi bahan la jawabnyer..nak pulak muka helok. Kalau tak kena lauk ngan warden jantan, ramai je lesbian menunggu peluang nak try.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.037991 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top