CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Jatuh Motosikal Maut Digilis Lori

28-10-2022 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1561| Komen: 17

Seorang penunggang motosikal maut akibat digilis sebuah lori selepas terjatuh dalam kemalangan di Kilometer 2.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), arah Kepong ke Damansara, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 64 tahun maut di lokasi kejadian.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Honda Wave ditunggang berkenaan terbabas.

“Akibat daripada itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terjatuh lalu digilis sebuah lori yang melalui lokasi kejadian.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 untuk membantu siasatan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 28-10-2022 08:21 PM
Again? Politician haprak tkde pulak yg maut kemalangan yach
Quote Perawankota 28-10-2022 08:46 PM
Takziah utk mangsa
Quote lyshafull 28-10-2022 08:59 PM
Inallilah
Salam takziah buat keluar mangsa
Quote Ucop-Cunningham 28-10-2022 09:36 PM
Lazimnya, orang berumur jika tunggang motor, refleks agak lambat. Faktor usia.
Acapkali juga ikut belakang motor yg ditunggang warga emas... terutamanya di jalan yg sesak dengan kenderaan.
Quote Carcosa 28-10-2022 10:03 PM
Ucop-Cunningham: Lazimnya, orang berumur jika t ...


Betul. Sama kalau warga emas bawak kereta.
Diorang ni, kebanyakan nya tak reti or tak berani pakai Waze. So, kalau nak pikir nak masuk simpang mana, or nak exit ke tak, diorang selambaaaa je slow down dkt middle lane sambil terkebil2 pikir. Dahla duduk sejengkal drpd steering, cemana lah dia check side mirror gitu
Quote Ucop-Cunningham 28-10-2022 10:24 PM
Carcosa replied at 28-10-2022 10:03 PM
Betul. Sama kalau warga emas bawak kereta.
Diorang ni, kebanyakan nya tak reti or tak berani pakai ...

Kita yg ada kat belakang dia,nak hon pun rasa tak sampai hati. Kang dia terperanjat terus kejung atas motor lagi susah.
Quote Kitty_catz 28-10-2022 10:29 PM
Berita kurang tepat.. kejadian sblm pukul 7am lg sbb lalu pukul 7.05am pun mayat dah tersodok bawah tayar trailer

7.30am bomba trak bomba + van bomba dtg sbb rasa mayat melekat kat roda

Muto heols hancur terseret, nampak kaki hancur sipi2 sbb meols duk lane kejadian tu, so nak x nak kena la jugak terpandang kang meols pulak sondol abam rider yg mmg dekat jln ni bersimpang siur deme weave in & our sbb lepas tol pencala tu terus jd 3 lane.. nk salahkan trailer pun x boleh sbb mcm berita dia terbabas n kn gelek trailer yg mmg x sedo dia kat tepi

Meols smlm pun kn brake mengejut sbb mmg banyak muto pagi2 kat jln ni n sempit xde laluan khas utk deme
Quote Kitty_catz 28-10-2022 10:32 PM
Ldp sampai kul 10am+  pun jam teruk.. sbb atas sikit pun ada xcident gak.. muto + keta but xde kematian

Hari ni hari xcident sedunia

Salam takziah abam rider, xpasti bangsa apa tp drebar trailer tu meols tawu sbb dia mundar mandir tepi hiway tu
Quote miszclassique 28-10-2022 11:10 PM
Kitty_catz replied at 28-10-2022 10:32 PM
Ldp sampai kul 10am+  pun jam teruk.. sbb atas sikit pun ada xcident gak.. muto + keta but xde kemat ...

Pakcik yg kena gilis tu melayu, ada tengok kt fb tadi lahir tahun 1958 baya2 bapak i je
Sedih pulak
Quote Cekgushilla 28-10-2022 11:30 PM
Meols igt ni berita parent stdnt meols meninggal pg td
Dlm pkul 9 lebih pengasuh dtg ambil 2 beradik kt skola sorg drjh 3 sorg drjh 1
Mayat mak dgn ayah tgh post mortem
Masa dgr kwn meols cerita meremang bulu roma
Air mata mnitik tak sedar
Ya allah semoga ada yg nk menjaga 2 beradik tu dan harap depa tabah lalui ujian berat ni
Quote kuzaime 28-10-2022 11:41 PM
Allahu      
Quote gigahertz 29-10-2022 12:25 AM
Kitty_catz replied at 28-10-2022 02:29 PM
Berita kurang tepat.. kejadian sblm pukul 7am lg sbb lalu pukul 7.05am pun mayat dah tersodok bawah  ...

Kes berlaku jalan kecik nak menuju bandar sri damansara tu ke?
Quote Kitty_catz 30-10-2022 09:32 AM
miszclassique replied at 28-10-2022 11:10 PM
Pakcik yg kena gilis tu melayu, ada tengok kt fb tadi lahir tahun 1958 baya2 bapak i je
Sedih pula ...

Oh ye ke..

Inalillah
Quote Kitty_catz 30-10-2022 09:38 AM
gigahertz replied at 29-10-2022 12:25 AM
Kes berlaku jalan kecik nak menuju bandar sri damansara tu ke?

tak. ni belah ldp lepas penchala toll dr kepong menghala pj/kelana jaya/ sunway tu, mmg betul2 lepas toll penchala atas ldp

kan lepas lane toll 12 ke 15 lane terus jadi 3 lane saja.. mmg sempit dgn keta kiri kanan, lorry, traktor pun banyak lately pagi2 buta time bz tu, ntah le sejak dua menjak nak GE ni kan banyak nak upgrade sana sini kekdahnyaaa

muto2 mmg kena selit2 in between cars and muto arwah ni mmg lane plg kiri sbb kan muto lane deme nya belah kiri... mmg tak jauh la dari toll tu, dlm 200 meter mcm tu je lepas toll  . mana tidak menjadi2 jam sbb even takde eksiden pun mmg jam hanat namatey sbb bottleneck

dlm waze meols mmg ada ckp major xcident tp mmg tak tahu lane belah mana sbb keta penuhhhh kat depan, tup2 tu ha depan mata je..
Quote ezacbee 30-10-2022 09:39 AM
Aku penah tengok penunggang motor tiba2 jatuh sendiri. Microsleep agaknya. Dah terjatuh baru dia tersedar. Nasib baik kereta semua jarak jauh. Bahaya tul.
Quote gigahertz 30-10-2022 07:24 PM
Kitty_catz replied at 30-10-2022 01:38 AM
tak. ni belah ldp lepas penchala toll dr kepong menghala pj/kelana jaya/ sunway tu, mmg betul2 lep ...

i rasa kat situ baru ada buka Highway DASH kan
Quote batmana 30-10-2022 09:32 PM
kita semua akan merasa tua nanti

berhati2 la sentiasa..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.166101 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top