CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naya Orang Nak Hidupkan Kereta Tak Boleh, Penganggur Kerja Curi Bateri Kereta Yang Diparkir Tepi-Tepi Jalan

28-10-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 803| Komen: 1

Ampang: Kegiatan penganggur mencuri bateri kereta yang diparkir di tepi jalan terbongkar selepas dia ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Permai, di sini, Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga emas berusia 72 tahun berhubung kejadian itu pada 25 Oktober lalu.


Gambar Hiasan

"Menurut mangsa, dia meletakkan kereta Perodua Kancil miliknya dalam keadaan berkunci di tepi Jalan Pandan Bistari 5, Cheras Baru, kira-kira 12 tengah malam.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu keluar kira-kira 10 pagi keesokkannya, dia mendapati enjin keretanya tidak boleh dihidupkan.


"Pemeriksaan dilakukan lelaki terbabit mendapati bateri kereta berkenaan hilang dipercayai dicuri. Mangsa menganggarkan mengalami kerugian RM180," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki terbabit dalam kes itu pada 8.30 malam, Rabu lalu.

"Dalam serbuan itu, kami turut merampas beberapa peralatan seperti spanar, pakaian, bateri kereta dan sebuah kereta Proton Saga BLM yang digunakan semasa kejadian.

"Modus operandi suspek adalah menyasarkan kereta lama yang diparkir di tepi jalan dan mencuri bateri kenderaan itu untuk dijual.

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan saringan ujian air kencing dilakukan didapati negatif dadah," katanya.

Katanya, suspek direman empat hari bermula semalam hingga 30 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379(1) Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 28-10-2022 05:09 PM
Macam2 bateri kereta pun dah tak selamat zaman sekarang ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.187497 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top