CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku Tak Salah Tawar Skim Pelaburan 'Vanguard Investment' Tak Wujud

28-10-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 763| Komen: 4

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan menawarkan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp, tahun lepas.


Shawn Lee Kim Boon, 33, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mesa Putra Nilai, Nilai kira-kira pukul 10 malam pada 13 Nov 2021.


Shawn Lee Kim Boon (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menipu dengan menawarkan pelaburan tidak wujud tahun lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Dia didakwa secara bersama-sama dengan satu pihak melakukan pakatan jahat iaitu menipu dengan memperdaya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa skim pelaburan ‘vanguard investment’ adalah wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang pelaburan menerusi skim itu yang bertentangan dengan Seksyen 415 Kanun Keseksaan.


Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 120 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh diwakili peguam Alvin Tan.

Majistret Norzaliza Tesmin membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Nov untuk sebutan semula kes.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 28-10-2022 06:23 PM
Shawn konon. Ah boon sudahhhh
Quote Kitty_catz 28-10-2022 06:30 PM
shawn the sheep ke shaun the sheep ?
Quote Belibis 28-10-2022 08:22 PM
Kalau sempat tipu jota2.. agak berbaloi dengan penjara sekadar 6 bulan..
Quote zak@5128 29-10-2022 09:11 AM
Untung banyak ni. Lepas settle kes. Masuk penjara kejap. Lepas tu pergi oversea. Tipu sana plak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.100589 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top