CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Diet Untuk Turun 10kg Demi Hadiah PS5 Daripada Isteri ‘Misali’

28-10-2022 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1010| Komen: 2

Seorang lelaki di Bangkok, Thailand sanggup berdiet dan menurunkan berat badan selepas isterinya menjanjikan ganjaran berupa permainan video Playstation 5 (PS5), lapor laman Thaiger kelmarin.


Lelaki bernama Prab itu berkongsi perjalanannya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) demi PS5 di laman Facebook.


FB Prab

Prab menyahut cabaran isterinya dan mengikuti pelan diet popular iaitu puasa berkala atau ‘intermittent fasting’ selama empat bulan.

‘Intermittent fasting’ adalah diet yang menggabungkan konsep puasa dan makanan sihat untuk menguruskan badan dengan cepat.


Dia juga berkongsi petua ‘intermittent fasting’ kepada  orang lain yang ingin mengecilkan saiz perut mereka.

“Mulakan dari pukul 4 petang hingga 8 pagi esok kemudian secara beransur-ansur kurangkan masa makan kepada pukul 6 petang hingga 6 pagi keesokannya dan berakhir dengan fasa mula berpuasa pada pukul 8 malam hingga pukul 4 pagi esoknya.

Prab mengesyorkan agar orang ramai bersenam dengan berselang seli antara latihan kardiovaskular dan kekuatan. 



Selain itu, dia mengesyorkan agar mereka yang mahu hilangkan berat badan untuk  memakan hidangan Keto sebanyak 80 peratus dan 20 peratus lagi adalah bebas. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-10-2022 05:18 PM
meols: taking notes...
Quote Artemesiaa 28-10-2022 05:22 PM
Harap dia terus menjaga kesihatan walau dah berjaya dapat PS5

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.099735 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top