CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Twitter RM207 Bilion, Elon Musk Usung Singki Ke Pejabat

28-10-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1317| Komen: 5

Elon Musk menukar profil Twitternya kepada 'Chief Twit' dan memuat naik video menunjukkan beliau memasuki ibu pejabat platform berkenaan dengan membawa singki, pada Rabu.


Usaha beliau untuk mengambil alih media sosial berkenaan mesti dimuktamadkan dalam masa beberapa hari lagi.


The Times

Tidak jelas sama ada bilionair dan ketua Tesla itu menemui mana-mana individu di ibu pejabat Twitter, tetapi beliau perlu bekerja dengan platform berkenaan untuk menyelesaikan urusan pengambilalihan bernilai AS$44 bilion (kira-kira RM207 bilion).

Urusan itu perlu diselesaikan menjelang Jumaat, atau Musk berdepan dengan tindakan undang-undang kerana melanggar kontrak.


Beliau sebelum ini membuat tawaran untuk membeli Twitter, menandatangani perjanjian untuk urusan itu pada April - sebelum mahu membatalkannya.

Musk mengubah fikirannya kerana mendakwa dikelirukan oleh Twitter mengenai jumlah akuan palsu di platform itu.

Twitter menafikan dakwaan berkenaan.

Susulan itu, Twitter yang memfailkan saman terhadap bilionair itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 28-10-2022 05:16 PM
I x phm apa relevan bwk sink tu simbolik apa ?
Quote Artemesiaa 28-10-2022 05:25 PM
Gigihnya beliau harap ada yang faham hintnya tu
Quote haluz 28-10-2022 05:27 PM
Nak cuci tangan la tu..
Quote insulin 28-10-2022 06:52 PM
Twitter is sinking?
Quote Kitty_catz 28-10-2022 07:08 PM
Artemesiaa replied at 28-10-2022 05:25 PM
Gigihnya beliau harap ada yang faham hintnya tu

elon musk to tweederjaya's top brass and the rest of the word - let that sink in, tu yg bawak sink - literally on his 1st day in your face joke gaytohh ke twitter la

and  proceed to fire the top mgmt on his 1st day

Shortly after taking the helm of Twitter, Musk reportedly ousted several senior figures, including Agrawal; Ned Segal, the chief financial officer; and Vijaya Gadde, the head of legal policy, trust and safety.



ujan2 ni mmg ramai yg sedikit lembab

jgn marah kang kena juai

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043604 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top