CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO Pastikan Calon Tak 'Besar Kepala' Elak Pisang Berbuah Dua Kali - Zahid

28-10-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1064| Komen: 15

UMNO akan memastikan calon yang dipilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah pemimpin yang mempunyai disiplin tinggi, tidak ‘besar kepala’ serta berani mempertahankan parti itu daripada diperlekehkan.


Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Top 5 UMNO bakal memilih calon yang tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan mereka sendiri, selain mempunyai sokongan akar umbi kuat tanpa mengira tempat bertanding.

“Sudah tibanya UMNO yang mahu kestabilan dalaman UMNO dan memastikan tidak akan muncul suara-suara sumbang daripada UMNO yang mengkritik UMNO sendiri selepas pilihan raya umum nanti. Ini bermakna pemilihan calon UMNO pilihan raya kali ini sangat mustahak.


FB Zahid


“Tugas ini amat mencabar bagi Top 5, namun bagi kestabilan politik masa depan, keharmonian parti, disiplin parti, agar pisang tidak berbuah dua kali maka kali ini, UMNO amat serius bagi memastikan calon terbaik tersebut mempunyai jiwa dan roh UMNO yang luhur,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata UMNO mahu individu yang dipilih sebagai calon benar-benar meletakkan keutamaan pada perjuangan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dan bukannya perjuangan individu melebihi parti.

“Mana-mana berkepala besar, berasa dirinya lebih besar daripada perjuangan parti sewajarnya tahu kedudukan dirinya.

“Ada yang ketika pembubaran Parlimen baru sedar bahawa dirinya sebenarnya milik parti, segala yang dinikmati termasuk jawatan yang pernah dipegang sebab atas dasarnya dirinya adalah ahli UMNO, bukannya ahli atau mewakili suara Bersatu atau PAS mahu pun parti lain di luar,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengakui banyak perkara yang telah dipelajari oleh BN daripada kekalahan pada 2018, dengan yang utama ialah kesedaran mengenai erti kesetiaan terhadap parti.

“Ketika itulah BN diuji apabila ramai pemimpin UMNO lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Ada yang melompat parti, ada yang menjadi pengkhianat parti, terdapat juga menjauhi diri daripada UMNO. Ini perit bagi UMNO akan tetapi ia juga merupakan suatu hikmah kepada UMNO.

“Pembersihan dalaman UMNO berlaku secara automatik apabila golongan oportunis ini dapat dikenal pasti melalui sikap, kenyataan dan tindak tanduk mereka,” katanya, menambah ia sekurang-kurangnya dapat menjadi petunjuk arah penting dalam konteks pemilihan calon BN.


-- BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-10-2022 04:49 PM
Pisang

Thinkstock-Photos-101385699.jpg
Quote fahdramli 28-10-2022 04:51 PM
Cakap depan cermin hahha
Quote cikatilia 28-10-2022 05:03 PM
kakikuDibibirmu: Pisang 2563490

cantik pisang tu

Quote opie5662 28-10-2022 05:59 PM
Bercakap tk tgk cermin kot... Hahahaha
Quote Nurdianah 28-10-2022 09:01 PM

Quote albedah 28-10-2022 11:37 PM
Errr bukan dia sendiri ke yg besar kelapanya..
Quote Nizleen86 29-10-2022 01:26 AM
Dia nak cakap KJ la tu
Quote Adrif 29-10-2022 01:59 AM
perjuangan parti.. demi parti.. parti parti parti..

rakyat nya ke mana
Quote ninja9 29-10-2022 02:11 AM
Point dia pasal kesetiaan parti tetapi susahlah orang bawah tak bising bila pimpinan tertinggi ada skandal banyak. Arah pemikiran dia ialah kesetiaan kepada parti lebih penting walaupun orang atas terlibat kesalahan rasuah dan menyonglap.... mungkin kj lah sasaran dia ni, nak cantas dia cop tak setia supaya ada modal..

Satu lagi, statement zahid biasanya fokus dirinya dan parti dan ketegasan. Jarang cakap pasal kebajikan rakya, klu dia nak ckp pun kita boleh nilai nanti samada masih diselitkan padsal parti atau diri dia.

Bahaya zahid ni jadi pm... benda-benda yang menunjukkan dia tak favour rakyat, fokus kepada diri,   dan pemikiran sokong orang walaupun orang itu ada skandal , kalau tak kena cantas dah obvious. Dia ni jenis akan guna segala kuasa yang dia ada untuk tak bersalah dalam suatu kes, itulah yang dia cuba buat dalam kes 40 tuduhan sebelum ini...Harap janganlah jadi pm..takut sampai level dimana sprm pun dah tak boleh tangkap siapa2 dlm umno
Quote Kak-Rohana 29-10-2022 08:56 PM
Bukan kah hari tu canang nak jaga kestabilan? Cari calon yg nak berkhidmat pd rakyat la wey bukan jd macai pelahap project kemaruk dedak..tender gomen bagai … booret ko lah
Quote HabukBesi 1-11-2022 12:20 PM
Quote juboqhang 1-11-2022 12:21 PM
Bila Mat Sakau berbabicara

Quote orkid_stadium 1-11-2022 12:25 PM
adoiiiiiii kenapa lah ckp pasal diri sendiri kesian
Quote Firenzza 1-11-2022 12:46 PM
Edited by Firenzza at 1-11-2022 12:47 PM

Skrg baru nmpk kan belang wak jahit desak buat pru awal? Korang ingat dia hadap sgt soal stabil soal ekonomi tuh? Skrg dia dh dpt full power sbg presideng umngok, suma ahli umngok dia blh
tunjal2 kepala sekor2. Wak jahit punya mentaliti ahli umngok kena sembah dia  ikut telunjuk dia bknnya utk kebaikan parti, siap la muntri2 umngok zaman PNUmngok kena sekeh
Quote ToungeSoup 1-11-2022 01:32 PM
moga2 dia tak menang kat Bagan Datoh...puiiiiiiiiiiiiiiiii

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060520 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top