Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd, Ben Ali bersama isterinya yang juga pelakon, Nadiyah Shahab mengakui tiap kali menganjurkan festival atau program, perasan risau tidak dapat dielakkan demi memastikan ia berjalan dengan baik seperti yang diharap-harapkan.
Nadiyah bagaimanapun bertuah kerana mempunyai sokongan moral daripada ahli keluarganya di Singapura. “Bila program sudah nak dekat, seluruh keluarga akan sama-sama ikhtiar lakukan solat, panjatkan doa dan sebagainya. Malah keluarga saya di Singapura pun akan anjurkan doa selamat untuk kami. Sebab bagi kami, ia sesuatu yang besar dan penting. Setiap program mereka akan buat begitu.
“Sudah tentu kalau kita bercakap mengenai sambutan pengunjung atau penonton kita akan rasa risau. Sehingga hari kejadian pun kita masih berdoa, lakukan solat hajat apa semua agar segalanya dipermudahkanNya. “Bagaimanapun saya percaya selain usaha, ia juga bergantung kepada keberkesanan pemasaran, memang kita akan buat all out. Kami lancarkan kempen menerusi video selain promosikan di media sosial juga. Tinggal lagi kurang 10 hari, jadi kita akan buat secara besar-besaranlah,” katanya kepada MH. Pasangan selebriti itu berkata demikian ketika ditemui Sidang Media Pelancaran Absolut Music Festival 2022, di The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Khamis. Bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur, acara muzik terbuka dan masuk percuma yang turut dimeriahkan dengan Absolut Food Festival itu bakal diadakan selama 3 hari bermula 4 sehingga 6 Nobember 2022. Sementara itu bagi Ben, mereka lebih gemar untuk memberikan yang terbaik setiap kali menganjurkan sesebuah acara demi kepuasan demi mencapai objektif. “Kami lebih suka berikan lebih. Jadi lebih baik untuk kita rasa risau daripada timbul perasaan sudah selesa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Malah kalaulah tak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya kami lega kerana sudah lakukan pelbagai usaha untuk mempromosikannya. “Kali ini juga selain promosi di radio dan papan tanda, kita fokuskan juga kepada saluran digital. Ia akses yang paling mudah untuk capai audiens sekarang. Saya berbesar hati kerana rakan penaja pun sangat menyokong terhadap inisiatif yang kami lakukan,” kata Ben.
|
Perawankota replied at 28-10-2022 08:05 PM
Dorg ni dapat manalah modal ye buat event besar2an
LadyCarefree replied at 29-10-2022 12:54 AM
Grant. Hohoho
Perawankota replied at 28-10-2022 09:05 PM
Dorg ni dapat manalah modal ye buat event besar2an
heythere123 replied at 29-10-2022 01:04 PM
tapi terus turn off sebab dorang collab dengan syarikat vape
kotakominami replied at 29-10-2022 03:43 PM
Harapnye buat indoor...ari tu g bapak panas....skang plak musim ujan
ADVERTISEMENT