Video tular rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki bercumbuan di dalam sebuah surau baru-baru ini menimbulkan kemarahan ramai.
Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi veteran, Datuk Hattan. Menerusi Instagramnya, Hattan meluahkan rasa marah dengan tindakan biadab dua individu yang tidak menghormati kesucian rumah ibadah. Tambahnya, dia berasa geli dan jijik melihat perbuatan mereka yang tidak menghormati jemaah lain. Dalam pada itu, Datuk Hattan sempat menitipkan pesanan supaya tidak mengulangi perbuatan yang pernah dilakukan kaum Nabi Luth.
Sumber: BeautifulNara |
ADVERTISEMENT