Datuk Seri Vida memaklumkan, bukan semua tawaran nyanyian diterimanya kerana dia sangat mementingkan kualiti sesebuah lagu.
Kata usahawan sensasi itu, lagu Ku Ikhlaskan yang diperkenalkan sejak Mac lalu dan dinyanyikan semula oleh banyak penyanyi sehingga mendapat tempat di media sosial menjadi penanda aras supaya dia lebih teliti dalam kerja seni. “Saya lihat dulu apa lagunya, siapa komposer dan bagaimana bentuknya kerana kita sudah dilabelkan (bagus) dengan Ku Ikhlaskan, tiba-tiba kita mahu menjatuhkan diri sendiri. Saya tidak mahu begitu.
“Banyak tawaran yang saya tolak, malah ada lagu yang sedap untuk berduet, tetapi saya tidak terima. Saya juga terpaksa tolak jika rasa tidak dapat serasi sebagai pasangan duet. “Walaupun sesebuah lagu mungkin biasa-biasa saja, ia akan menjadi lebih sedap jika wujud keserasian dengan penyanyi utama,” katanya selepas majlis pelancaran single Swipe di Pavilion, baru-baru ini. Mengulas mengenai keserasian dengan Alyph, Vida yang pernah dilabel sebagai ‘perosak industri’ menyatakan, penyanyi itu memberinya kebebasan untuk mencorakkan lagu tersebut. “Saya juga bebas untuk berkarya dan ad-lib ketika penghasilan video muzik. Banyak peristiwa berlaku seperti hujan dan jalan berlecak, belum lagi untuk ingat setiap pergerakan demi menyiapkan single tersebut,” kongsinya.
|
ADVERTISEMENT