CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pas Wajibkan Calon Buat Baiah, Sumpah Dengan Nama Allah Tak Khianati Amanah

28-10-2022 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 998| Komen: 12

Pas akan menapis semua calonnya yang dicadangkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mewajibkan mereka melakukan baiah (janji setia) dan bersumpah dengan nama ALLAH SWT untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila menjadi pemimpin.


Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebelum itu, setiap calon berkenaan juga wajib mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama.


FB Hadi

Menurutnya, al-Quran meletakkan acuan pemerintahan negara yang dijanjikan bersih dan stabil dengan syarat pemimpin mestilah beriman dan mengerjakan amal soleh dengan niat ikhlas kerana ALLAH.

"Pas berusaha memenuhi syarat-syarat tersebut dengan menapis semua nama calon-calon yang dicadangkan bertanding dalam pilihan raya.

"Selain itu, Pas juga pernah menubuhkan satu Jabatan Hisbah yang diketuai oleh Almarhum Tun Mohamed Salleh Abas dan membuat persediaan untuk memperkasakan undang-undang syariat Islam.

"Akan tetapi, usaha tersebut dihalang oleh bidang kuasa kerajaan negeri yang terbatas dan bidang kuasa kerajaan pusat yang membatalkannya. Maka, tujuan Pas bagi mewujudkan kerajaan yang bersih dan stabil terhalang ketika itu," katanya dalam catatan Minda Presiden Pas di Facebook beliau pada Jumaat.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, sehingga kini, Pas telah berjaya membuktikan kerajaan yang bersih daripada rasuah, apabila memerintah dengan kuasa yang terbatas di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Abdul Hadi memberitahu, ia termasuklah berjaya mengemudi beberapa kementerian yang ditugaskan kepada Pas mulai tahun 1974 hingga 1978 ketika menyertai kerajaan campuran pada era Almarhum Tun Abdul Razak dahulu, dan terkini dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Dalam tempoh yang paling lama, Pas memerintah di Kelantan sebanyak dua kali, pertamanya dari tahun 1959 hingga 1978 dan kali kedua pada tahun 1990 sehingga kini yang sudah lebih 30 tahun.

"Adapun di Terengganu, Pas memerintah sebanyak tiga kali, kali pertama dari 1959 hingga 1961, kali kedua dari 1999 hingga 2004 dan kali ketiga dari 2018 sehingga kini. Di Kedah, Pas memimpin kerajaan campuran dari 2008 hingga 2012 dan dari 2020 hingga kini," ujar beliau.


Loading FB Post...

Tambah Abdul Hadi, semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pas, bersih daripada tuduhan rasuah dan terbuka bebas kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, keadaan itu sangat berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di beberapa negeri dan peringkat pusat yang ternyata mempunyai tuduhan rasuah, malah dihentikan perbicaraan dan siasatannya.

"Dalam BN juga ada yang telah dihukum, dituduh dan diseret dengan tuduhan rasuah ke mahkamah, tetapi tidak dibatalkan kes mereka sepertimana PH.

"Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh Pas belum terbukti adanya mereka yang dikenakan tuduhan dan tiada pula yang dibawa ke mahkamah," jelas beliau.

Dari sudut kestabilan pula, Abdul Hadi memberitahu, kestabilan boleh dilihat di negeri-negeri yang mempunyai pendidikan agama yang banyak dan menjadi kubu Pas kerana masih terpeliharanya akhlak Islam.

Sebelum ini BN terlebih dahulu mengumumkan calon PRU15 parti itu akan disaring secara menyeluruh termasuk semakan akan dilakukan di pejabat agama.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu pertama kali diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon termasuk mempunyai rekod berkahwin di Siam.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 28-10-2022 07:43 PM

Quote sharlenetexas 28-10-2022 07:44 PM
Nurdianah replied at 28-10-2022 07:43 PM

Lelaki ke pompuan tu?


Quote CiliPadiSedap 28-10-2022 08:02 PM
bersih pe benda? air kat kelantan pun xselesai masalah.
Quote Minami2013 28-10-2022 08:05 PM
Omagad

Duta timur tengah ape investment yg berjaya? Pergi parlimen pun byk ponteng.
Quote Perawankota 29-10-2022 02:23 AM
Sapalah aku nak undi kali ni.. Tadi pi pasar malam, adalah gang2 PN dok bagi pamphlet kt pengunjung. Bukan main tengok aku buat dekkk je, pastu mentang2 akak aku hari ni pakai Muslimah Sgt, dia bg pamphlet pastu adalah mende tah dia ckp.. Padahal aku ni yg dok rajin pi ngundi.. Akak aku tu time mengundi jer buat2 tak tau.
Quote Ucop-Cunningham 29-10-2022 08:14 AM
Kesian pemastautin tetap kat kelantan sana.
Dah penat layan parti yg satu ni.
Yang merantau, balik mengundi pangkah pas juga.
Nak sound depan² pun payah juga sebab perantau ni la yg banyak kirim duit ke kampung.

Kesudahannya, masalah takkan penah berubah.
Quote Solokkk 29-10-2022 08:25 AM
Yorla tuh Pakcik Hadi. Dapat tugas menteri, tapi tak buat keja. Malas pergi parlimen. Ujung2 nak pilihanraya, jadi ‘penunggang’.
Quote Firenzza 29-10-2022 10:30 PM
Dulu2 Pas ada jg letak calon india klau x silap, cmne gamaknya mutusamy nk buat sumpah baiah tu
Quote silencekiller 29-10-2022 11:07 PM
Lobai2 Malang ni ingat hanya rasuah kaa songlap duit ka apa kaa dosa... ponteng kaa curi tulang time kerja ( contoh tak mai persidangan parlimen ) kaa diberi tugas sebagai Duta ka apa kaa tapi gagal jalankan tugas adalah halalan toyibban..

Isle versi hamPAS ikot suka hati mak pak depa untuk tafsirkan..
Quote cmf_acura 29-10-2022 11:14 PM
geng silbis menyamar ni panas hati dah kenapa???...
bukannya buat dosa pun..
Quote HabukBesi 1-11-2022 12:25 PM
Quote juboqhang 1-11-2022 12:29 PM
Perawankota replied at 29-10-2022 02:23 AM
Sapalah aku nak undi kali ni.. Tadi pi pasar malam, adalah gang2 PN dok bagi pamphlet kt pengunjung. ...

Undi wakil rakyat yg bersih la… hang google la kalau takdak skandal bersih ok la tu tak kira la non malays pun asalkan bukan gang songlap ..buleh buat kerja!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055729 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top