Scha Elinnea meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah produksi drama yang didakwa enggan memberinya cuti rehat meskipun sedang sakit.
Menurut Scha, 22, dia sudah mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan diberi cuti sakit selama dua hari namun penerbit enggan memberi pelepasan dan hanya diminta berehat di lokasi penggambaran. "Produksi jenis apa dah tahu pelakon sakit demam panas sampai menggigil dan tetap datang kena datang ke set penggambaran. "Sudah ke klinik dan doktor beri saya dua hari cuti sakit untuk berehat tetapi produser tak bagi lepas, suruh rehat di set," katanya.
Scha berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di IG Story miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut mendakwa ada dalam kalangan kru produksi yang kurang senang dengan keadaannya yang seolah-olah melihat dia sengaja mahu menangguhkan penggambaran.
|
tepisket..: Bru dia tau susah payah jadi retis. Tayang body n muka je x cukup.
ADVERTISEMENT