Sebuah restoran di Sungai Buloh, Selangor menjadi ‘sarang’ haiwan perosak seperti tikus dan juga lipas sekaligus mencetus pelbagai reaksi netizen kerana tidak menjaga kebersihan premis.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor baru-baru ini melakukan operasi ke atas 180 buah restoran bagi membendung sikap segelintir pemilik dan pekerja premis yang mengabaikan aspek kebersihan dalam menyediakan makanan. Namun pemilik premis berkenaan dilihat bersahaja dan memberi pelbagai alasan semasa pemeriksaan dilakukan oleh pegawai kesihatan. Beberapa ekor tikus dan lipas berjaya dijumpai berkeliaran di sekitar dapur dan jag air gula yang digunakan.
"Aah, memang ada dalam tu. Tu yang tak pakai dah, nak buang." Bukan itu sahaja, longgokan plastik sampah yang dipercayai berisi sisa makanan turut dibiarkan sehingga mengalir air sampah berdekatan dengan tempat memasak. "Memang kita akan biarkan je kat sini seharian. Nanti bila dah sampai masa penutupan kedai, kita letak satu tempat dan akan buang terus semua sekali." Menurut pegawai kesihatan yang bertugas, keadaan dapur yang kotor dan juga lantai yang licin sehingga menjadi tempat takungan air menyebabkan premis mereka menjadi tumpuan haiwan perosak LILATI (lipas, lalat dan tikus) untuk mendapatkan makanan. -CARI
|
cikatilia replied at 28-10-2022 04:02 PM
tgk fb gerai ni meriah dia iklan food dia
sekali tgk dapor yihhh geli
cikatilia replied at 28-10-2022 04:02 PM
tgk fb gerai ni meriah dia iklan food dia
sekali tgk dapor yihhh geli
redz85 replied at 28-10-2022 04:09 PM
minggu lepas aku makan kat restoren sorang chef popular.. nak naik ke restoren dia, kat carpark bau ...
apech replied at 28-10-2022 04:07 PM
apo nama kedai tu kak eli suriati?
ibu_haritz replied at 28-10-2022 04:09 PM
share lah nama kedai..iols stay kt area Sg Buloh ni
n0n0n0 replied at 28-10-2022 04:40 PM
Restaurant mana ni
redz85 replied at 28-10-2022 04:09 PM
minggu lepas aku makan kat restoren sorang chef popular.. nak naik ke restoren dia, kat carpark bau ...
ADVERTISEMENT