CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Datuk Nak Dekati Beby Acha, Siap Tanya Harga Untuk Kenal-Kenal

28-10-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2572| Komen: 19

Beby Acha mendedahkan pernah mendapat tawaran ‘nakal’ daripada individu berstatus golongan VIP termasuk Datuk untuk mendekati dirinya.

Penyanyi berusia 31 tahun itu turut mendedahkan pernah ditanya tentang harga oleh individu tersebut semata-mata untuk mengenalinya.

Foto: IG

“Memang ada golongan VIP termasuk individu berpangkat Datuk cuba mendekati saya. Malah ada yang turut bertanyakan tentang ‘harga’. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.

Ujar Beby atau nama lengkapnya Nur Aishah Md. Shari lagi, dia juga sering menerima komen-komen jelik serta gambar berbaur lucah yang dikirim oleh lelaki-lelaki gatal dalam Instagram.




“Ada juga dikacau lelaki-lelaki gatal yang DM (mesej) dalam Instagram. Cuma saya tidak melayan. Pendekatan yang saya buat sekat (block) terus akaun mereka.

“Ada juga yang hantar video bukan-bukan (lucah),” katanya.



Ujar adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin dan juga kakak kepada Tajul Arif itu, dia enggan melayan perkara-perkara jelik sebegitu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian.

“Saya berada dalam industri sebagai penyanyi dan mahu memberikan fokus 100 peratus terhadap kerjaya ini. Itu sahaja,” katanya.


Ketika disoal tentang status dirinya, Beby yang ditemui pada majlis minum petang bersama artis bawah naungan syarikat rakaman Rusa Music baru-baru ini bagaimanapun enggan untuk berkongsi perkara itu secara terbuka.

“Insya-Allah. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya ringkas.



Terbaharu, selepas cemerlang menerusi lagu Jaga-Jaga bersama kumpulan Azzara Band sehingga mencatat jumlah tontonan dalam YouTube mencecah 23 juta, Beby kini tampil dengan sebuah lagu juga bersama band itu berjudul Semaian Cinta.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 28-10-2022 03:09 PM
datuk apa tu? datuk betul ke datuk pelesu? hujung2 datuk bercucu je yang selera nak bayar ko rm50 semalam tu dikkk... tu je harga dia mampu lepas habis upah kait sawit dan menoreh getah...
Quote rosedemon 28-10-2022 03:46 PM
ko punye filter tu xboleh nak putih lagi ke. hauk betul. nama pun beby acha murahan sangat. datuk low class mana tu. n lagi satu siap tnya harga, pelacur sangat
Quote MoonRise 28-10-2022 04:26 PM
Aku tak puas hati tang filter tu.
Over la haiii
Quote prettyuglybabe 28-10-2022 04:32 PM
whooo rrrr yusssss..
nama kampung sangat baby baby bagai..
padahal umur dah tahap makcik..
Quote jalfa 28-10-2022 04:35 PM
Gigi cantik
Quote redz85 28-10-2022 04:39 PM
makna nya murah .. boleh di beli.. takde value,,

jarang dengar ustazah dapat offer
Quote diamondhoney 28-10-2022 04:46 PM
hauk nye taste datuk
Quote Amelyn22 28-10-2022 04:47 PM
Bakal next baby shima ke ni? Dgn geleknye,dgn tunjuk lurahnye.
Quote ayukpingu 28-10-2022 04:49 PM
ye ye lah tu..nak tunjuk dia pon hot the market la khenzz?
filter kasi kurangg
Quote PanadolExtend 28-10-2022 07:03 PM
Kan.. rupa dah mcm mak orang
Quote cikperiukkera 28-10-2022 07:06 PM
Dh tahun 2022 ada lagi retis cerita benda2 mcmni yeak? Dulu dlm majalah retis2 kertu skrg yg dpt offer itu ini…tp yela sama species murah mcm dia ni jugak
Quote MnhSengalBengal 28-10-2022 08:11 PM
minah ni dah kawen kan
Quote Hoola 28-10-2022 08:20 PM
Datuk bpngkat ke?
Mohon ditarik balik
Mmalukan
#kantoi
Quote slyfynx 28-10-2022 09:02 PM
So ko nak cite ko hot dan laku ke?
Quote bankerpencen 28-10-2022 11:12 PM
Datuk bercucu la tu. Kalau kaya benor takdenya nak yang macam ni je. Yang macam ni pickup tepi jalan dah banyak
Quote TerataiMelur02 28-10-2022 11:38 PM
Akak jual lokcing dekat taman rumah iols lagi berganda comey dari acha ni
Quote Sunkiss8999 29-10-2022 12:26 AM
Tah2 datuk tu yang kuat menipu..pangkat datuk pun beli..mmg jenis gatal..akak indon amik order pun nak di try nye..si beby bacin ni kena ngorat dgn datuk pun da kemain terasa diri hot..sian...asal pangkat datuk..boleh laaaa[em:3:]
Quote Carcosa 29-10-2022 02:59 AM
Ni binatang mana ni?
Quote whimsicalmusic 29-10-2022 03:21 AM
Aura rempit kuat

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037313 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top