Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mendapat 2X Platinum Award selepas mencapai 400,000 muat turun di semua platform muzik digital sejak dilancarkan pada 4 Jun lalu.
Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata, pencapaian diraih itu adalah kejayaan luar biasa bukan saja untuk lagu itu tapi juga dalam kerjaya seninya. "Semua tahu saya bermula macam mana dalam industri ini. Selepas pelbagai insiden dilalui, ia mengajar saya untuk terus memperbaiki diri. Setiap hari adalah proses pembelajaran saya.
"Alhamdulillah, lagu ini berjaya diterima baik bukan saja dalam negara, tapi juga luar negara khususnya di Indonesia. Memang sangat luar biasa. Terima kasih kepada semua pasukan dan peminat yang terus memberikan sokongan terhadap lagu ini," katanya. Sementara itu, Naufal bersyukur dengan sambutan diberikan selain tidak pernah menjangka lagu Casablanca boleh mencetuskan fenomena luar biasa. "Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja. Kami sudah buat yang terbaik, dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah, Tuhan beri kami rezeki yang tidak dijangka. Terima kasih Malaysia dan Indonesia," katanya. Terdahulu, Nuha dan Naufal ditemui pada Majlis Kesyukuran Casablanca yang diadakan di Ibu Pejabat Universal Music Malaysia.
|
lolita737 replied at 28-10-2022 04:53 PM
kalau dengar lagu ni kat radio rasa nk hempuk je..
awal2 xdgr apa..tiba2 je masuk denyutttttt,..apoo ...
tikusmontok replied at 29-10-2022 12:54 AM
Haha..memula dengar sayup2 albibi tetiba dgn music kelam kabut mcm nak cepat abis .. ujung2 sore y ...
lolita737 replied at 28-10-2022 04:53 PM
kalau dengar lagu ni kat radio rasa nk hempuk je..
awal2 xdgr apa..tiba2 je masuk denyutttttt,..apoo ...
Acikgomen replied at 29-10-2022 01:04 AM
Kalo tgk bdk pompuan tu nyanyi live, kena makan ubat migraine sesiap
red_velvet replied at 29-10-2022 10:33 AM
Nuhauk ni klo nyanyi lagu ni live kemain sambil terpejam2 mata, terangkat2 kening, sometimes sampai ...
tikusmontok replied at 29-10-2022 12:54 AM
Haha..memula dengar sayup2 albibi tetiba dgn music kelam kabut mcm nak cepat abis .. ujung2 sore y ...
hayrin86 replied at 29-10-2022 08:54 AM
Sama la.. Kalau lagu ini berkumandang di radio, tukar saluran atau mute bunyi jawapannya..
Afifi82 replied at 29-10-2022 02:28 AM
I ols jeke rasa nak campak kasut tongkol kat muka penyanyi pompuan ni.. Muka dia mcm annoying sgt..I ...
bankerpencen replied at 31-10-2022 03:19 PM
You’re not alone… iols rasa macam nak campak tupperware mak iols kat muka dia 2-3 kali
lolita737 replied at 31-10-2022 09:09 AM
kannn..lebih kepada syok sendiri je lagu dia..
mungkin jiwa kita lebih kepada lagu2 era 80's & 90' ...
ADVERTISEMENT