CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Payah Umum Di Socmed Dah Pakai Tudung,"-Pekin Risau Mona Allen Buka Aurat Semula

28-10-2022 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1905| Komen: 11

Pekin Ibrahim, 41, amat bersyukur apabila isterinya, Mona Allen, 37, bertudung dengan rela hati sejak beberapa bulan lalu dan berharap suri hatinya itu terus istiqamah.


Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim berkata, meskipun memakai tudung bagi wanita Muslim itu wajib, tapi dia tidak pernah menggesa isterinya membuat perubahan secara drastik dan biarlah dilakukan dengan rela hati.

Foto: IG

"Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

"Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung," katanya ketika ditemui Harian Metro.



Pekin berkata, bagaimanapun dia bersyukur dengan perubahan penampilan bertudung dibuat isterinya dan berharap ia terus berkekalan. Cuma, katanya dia pernah ingatkan Mona agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.

"Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

"Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila," katanya yang menerima Anugerah Dekan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.





Terdahulu, Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona Allen pada 7 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup itu, mereka baharu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin kini berusia dua bulan yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, selepas empat tahun menanti. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 28-10-2022 03:05 PM
Isu semasa?

Quote salimrock 28-10-2022 03:08 PM

wa igt wa kt bod gossip
Quote Artemesiaa 28-10-2022 03:12 PM
Macam salah board je.  Apa pun ada benar yang dia perkatakan takut hangat2 taik ayam ramai pulak yang mengutuk nanti.
Quote ctaz 28-10-2022 03:14 PM
ni dah kenapa brita URTV kat sini ni...
Quote awexgaban7 28-10-2022 04:18 PM
Alhamdulillah moga istiqomah
Quote KirazMevsimi 28-10-2022 05:15 PM
hai baby petra. moga dikuatkan iman dan hati, kekal dalam kebaikan
Quote prince_marhaen 28-10-2022 06:13 PM
Mona ni cantik betul eh..cantik unik macam Avaa Vanja waktu muda remaja... Pekin pun lahai....berkerak sangat, padahal hensem je kalau jaga penampilan...hot jugak lah.. cuma itulah..kekadang pekin ni delusi lebih.. ehehehehehe..
Quote azlinazakarya 28-10-2022 09:24 PM
Tak nak pisang berbuah dua kali...barangkali?? ????
Quote Sazreena 29-10-2022 02:04 PM
Apa kata ko pun sesama pantang ngan bini biar helok balik. Masa zaman kurus sket, ok jer nampaknya.
Quote bluecrystal 29-10-2022 02:16 PM
helok anak dia
Quote awanearisu 29-10-2022 02:21 PM
Ingatkan nama Petra kerana anak perempuan. Rupa-rupanya Pekin Jr.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.032041 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top