CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Tengah Bekerja, Lelaki Maut Dihempap Jentolak Dipandunya

28-10-2022 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 666| Komen: 2

Tenom: Seorang lelaki maut dihempap jentolak dalam kejadian di Kampung Tuan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lagut di sini di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60 tahun yang memandu jentolak berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Difahamkan, mangsa yang sedang melakukan kerja-kerja mengangkat tanah dipercayai gagal mengawal jentera berkenaan sebelum terbalik dan menghempapnya.


Foto: Harian Metro

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 10.12 pagi.


Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan pacuan empat roda bomba terus dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa masih berada di dalam ruang pengendali jentolak berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

"Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 28-10-2022 02:53 PM
hancur badan ni...kasian
Quote sharlenetexas 28-10-2022 03:05 PM
Ajala tu apa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.335948 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top