Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial.
Menerusi video berdurasi 19 saat yang dikongsikan di akaun TikTok milik Aliff Syukri sendiri, Ammar dan Qadejah seperti terpaksa untuk berjoget bersama bapa mereka dan kelihatan malu-malu. Tindakan tersebut telah mengundang kecaman warganet yang simpati terhadap nasib anak-anak Aliff Syukri yang terpaksa akur melayan karenah bapanya. Bukan itu sahaja, melalui entri tersebut, Aliff umpama memarahi anak perempuannya Qadejah yang kelihatan kekok dan enggan menari bersama.
“Kesian betul anak dia, dari kecil sampai besar pun kena paksa menari,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen yang meluahkan rasa simpati.
|
buapakperut replied at 29-10-2022 08:45 PM
Ada tgk video ni, katijah tu flinched kuat bila apak pondan die pusing arah die. Mcm anak trauma ni
ADVERTISEMENT