CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tinggal Percuma Dalam Mall, Lepas Setahun Baru Kantoi Dengan Pak Guard

28-10-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1444| Komen: 5

New York: Seorang lelaki berkongsi pengalamannya tinggal secara percuma selama setahun di dalam ruang sempit sebuah pusat beli belah di Amerika Syarikat.

Michael Townsend berjaya menyelinap masuk ke satu ruangan kecil yang tersorok daripada pandangan kakitangan dan pengunjung pusat beli belah berkenaan.

Bagaimanapun, rahsia yang disimpan rapi selama setahun terbongkar selepas terserempak pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan.

Townsend berkata, tindakan itu terpaksa dibuat kerana dalam keadaan terdesak selepas dihalau dari rumahnya.


Foto: Agensi


Ketika sedang berusaha mencari kediaman baharu, dia terbaca iklan di sebuah pusat beli belah yang terdapat sebuah bilik kosong di premis berkenaan.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk tumpang tidur di premis berkenaan namun dalam masa sama menghias ruang menjadi sebuah bilik yang dilengkapi perabot.

Malah, lelaki itu turut mempelawa rakannya untuk menetap bersama di premis berkenaan.

Kisah pada 1999 itu dikongsi Townsend dalam satu wawancara bersama Daily Star, baru-baru ini.

Townsend juga memaklumkan dia sebenarnya hanya bercadang untuk tinggal selama seminggu namun tidak menyangka berlanjutan sehingga setahun.

Berkongsi lanjut menerusi laman webnya, lelaki itu berkata, dia teringat satu iklan yang mencadangkan bagaimana sekiranya sebuah pusat beli belah boleh dijadikan kediaman.

"Tema utama iklan itu adalah pusat beli belah bukan hanya untuk golongan kaya menghabiskan wang malah ia boleh digunakan mereka yang terdesak bagi meneruskan kehidupan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 28-10-2022 02:39 PM
Who lived in a mall for 4 years?
This video animates the story of an artist named Michael Townsend, a daring artist who Built a secret home inside of a mall and lived there for 4 years before being discovered. Townsend and 7 other artists built and furnished the 750-square-foot space in Providence Place, Rhode Island from 2003 to 2007.4 Jul 2022

Quote ninja9 28-10-2022 02:40 PM
[youtube]JSd8oLUKjXU[/youtube]
Quote Artemesiaa 28-10-2022 02:41 PM
Dah semuanya free mana tak berlanjutan sampai bertahun2
Quote rosedemon 28-10-2022 03:37 PM
amboi kemain eh. tp btol la. tidur jela memana api air semua free. tp xkn sekali pon tak nmpak kat cctv malam2, pastu xtakot ke duk mall sunyi malam2 aih entahla
Quote wikedsaikel 28-10-2022 04:24 PM
Haritu kat twitter ada pasal pemgakuan sorang ni survive kat new york dengan menipu untuk masuk buffet breakfast hotel hotel. Tak tahu la betul ke tak. Tapi new york la.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.103574 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top