Yusuf Bahrin mengakui sering membawa isterinya, penyanyi Zizi Kirana ke set penggambaran bagi mengelakkan rasa cemburu yang mungkin timbul.
Yusuf, 30, berkata, sebagai suami dia bertanggungjawab untuk menjaga hati isteri dan menerangkan keadaan sebenar. “Sebenarnya saya yang ajak dia, kasihan isteri duduk seorang diri di rumah. Lebih baik dia tengok saya ada di depan mata. “Dia tiada masalah cemburu. Biasalah perempuan kalau cemburu sikit-sikit, itu lumrah. Kalau kita mesra sangat dengan perempuan lain dia akan rasa lain. “Kita sebagai suami kena terangkan. Bagi saya manusia normal memang ada perasaan itu. Cuma itu cara saya untuk mengelakkannya dengan selalu bawa dan hubungi dia,” ujarnya.
|
ADVERTISEMENT