CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusuf Bahrin Tak Nak Bersentuhan, Intan Najuwa Akur Tak Boleh Pegang-Pegang Masa Berlakon

28-10-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3473| Komen: 19

Intan Najuwa menghormati permintaan aktor gandingannya, Yusuf Bahrin yang meletakkan batasan tidak bersentuhan dalam drama terbaharu mereka berjudul Jesnita.

Intan, 25, berkata, sepanjang penggambaran dia lebih berhati-hati dan menjaga batas dalam lakonan.

Foto: IG

“Saya tiada masalah, itu hak dia untuk tidak bersentuhan. Bila tahu tentang itu saya hormati dan lebih berhati-hati.

“Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana,” ujarnya.



Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid yang sering dikaitkan dengan hero gandingannya yakin tiada sebarang kontroversi akan timbul dalam Jesnita.

“Saya rasa kali ini tiada kontroversi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontroversi yang tidak sepatutnya,” katanya.



Dalam pada itu, mengulas tentang cara dirinya berdepan kontroversi, Intan berkata, dia lebih memilih untuk berdiam diri berbanding memanjangkan sesuatu perkara.

“Saya lebih suka diam saja, kalau melenting saya takut buat kesilapan atau cakap benda-benda yang buruk dan mengeruhkan keadaan.

“Selalunya bila semua dah reda baru saya bercakap tentang itu. Saya tolak tepi perkara yang bawa toksik dalam kehidupan saya,” ujarnya.


Berkongsi tentang drama Jesnita pula, pelakon itu mengakui menerima tawaran tersebut bagi mencabar dirinya membawa watak wanita berani.

“Saya mahu keluar dari zon yang selalu bawa watak komedi, romantik, wanita lemah dan ditindas. Kali ini saya jadi wanita yang kuat dan sanggup lakukan apa sahaja untuk hidup senang,” ujarnya.




Jesnita turut dibarisi pelakon popular lain seperti Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone dan Fathia Latiff.

Drama 40 episod tersebut akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 November ini di Astro Prima.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 28-10-2022 02:17 PM
Maunya nak sentuh2...thread atas kata bawak minik masa shoot..silap2 terbang kamera.
Quote ezacbee 30-10-2022 10:30 AM
Oklah drama sekarang xde bersentuhan.
Quote ashcroft86 30-10-2022 10:36 AM
Tak payah amek la offer yg ad leading lady cerita cinta2 klu cmtu. Amik offer kepolisan ke, action film ke, yg minimal scene dgn pelakon perempuan. Hmmm. Bosan la dgn restrictions cmni. Belum lg heroin pakai tudung atas katil masa nk tido.
Quote endihesh 30-10-2022 10:49 AM
ashcroft86 replied at 30-10-2022 10:36 AM
Tak payah amek la offer yg ad leading lady cerita cinta2 klu cmtu. Amik offer kepolisan ke, action f ...

suka la tgk dp tu.. siapa tu? hehe..
Quote slyfynx 30-10-2022 11:05 AM
Nape eh bile bace tajuk nmpk macam Intan Najuwa ni murah.
Mcm die yang nkkkk sgt sentuh jantan, tp jantan x bg, so kene akur.
Quote hasniey 30-10-2022 11:11 AM
ashcroft86 replied at 30-10-2022 10:36 AM
Tak payah amek la offer yg ad leading lady cerita cinta2 klu cmtu. Amik offer kepolisan ke, action f ...

Xbyk cerita mcmtu.yg byk cerita cinta2
Biasa cerita yg bukan cinta2 RTM je.
Quote irsa 30-10-2022 11:11 AM
Haha .. dah namapon dunia hiburan, mmg lagha. Kalau nak elak kena buat job lain. Jadi cikgu ke arkitek ke CEO ke. Camtu
Quote ashcroft86 30-10-2022 11:20 AM
endihesh replied at 30-10-2022 10:49 AM
suka la tgk dp tu.. siapa tu? hehe..

Manny Jacinto chuols. Pelakon American-Filipino. Mmg herlokkk. Start knal heils dalam series The Good Place.
Quote ashcroft86 30-10-2022 11:25 AM
hasniey replied at 30-10-2022 11:11 AM
Xbyk cerita mcmtu.yg byk cerita cinta2
Biasa cerita yg bukan cinta2 RTM je.

Hurmmm. Boleh je diorang nk buat, tapi tak ramai boleh tulis selain cerita cinta. Nak juga series mcm Law & Order: SVU ke. Hero, heroin xde chinta2. Drama detective. Haihhh.
Quote uda 30-10-2022 11:53 AM
Kanapa baju dia ada 2 stains didada? water stains ke?
Quote PanadolExtend 30-10-2022 01:00 PM
ashcroft86 replied at 30-10-2022 10:36 AM
Tak payah amek la offer yg ad leading lady cerita cinta2 klu cmtu. Amik offer kepolisan ke, action f ...

Hahah pakai tudung time tido tu mmg lejen
Quote adeqbun 30-10-2022 01:23 PM
yusuf bahrain tu klau keje kerani pon akan husung bini ke ofis jugak ke..truk nau dasar ketidakpercayaam si zizi ni..
Quote bankerpencen 31-10-2022 04:10 PM
Lebarnya muka. But anyway boleh je nak berlakon tanpa bersentuhan. Asalkan emosi tu sampai. Masalahnya sampai ke….

Anyway nampak nama maccrone tu teringat macaroni. Lapar pula
Quote pocongkiutss 31-10-2022 04:40 PM
Ok la tu Intan..at least dia tak merempan kalau pelakon lelaki tu x nak ada bersentuhan ke apo..ada sorg pelakon pompuan dulu merempan kan..kelakarr
Quote cheezel 31-10-2022 06:19 PM
Mmg dah ketandusan pelakon wanita yg cntik meletop ke? Budak kecik ni jugak la yg jd heroin
Quote ciksom 31-10-2022 08:55 PM
Cerita cinta mestila kene pegang.baru best. Buat buat alim pulak.Kalau tak nak pegang berlakon la cerita tanah kubur.
Quote dudaberhias 31-10-2022 08:57 PM
halah halah... masalahnya ramai lagi hero herlokkkk hujung2 ko hambik si ikan keli tu jugak...

mana nek aida... sila sekolahkan producer ni.... ambik yang herlok2 je ingat... bukan main sebat je jantan rhoper tapai basi dan ikan keli masak sambal...
Quote pocongkiutss 31-10-2022 09:07 PM
dudaberhias replied at 31-10-2022 08:57 PM
halah halah... masalahnya ramai lagi hero herlokkkk hujung2 ko hambik si ikan keli tu jugak...

mana ...

Yg pastinya..Yusof bahrin ni lg ensem dari aedy serap pujaan chuols tuh
Quote awenda507 1-11-2022 01:05 AM
Pd aku dpd letak syarat itu ini gitu gini, better la ko stop blakon usop. P la cari keje lain.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057273 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top