CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadzil Teh Setuju Dengan A. Aida, "Saya Pun Nak Ambil Yang Cantik Dan Kacak, Bakat Boleh Gilap, Rupa Tak Boleh!"

28-10-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4987| Komen: 63

Kebelakangan ini kecoh berhubung kenyataan penerbit Datuk A. Aida yang mencari bakat baharu dengan rupa paras cantik dan kacak berbanding melihat kepada bakat lakonan mereka.


Kenyataan berkenaan tidak disenangi beberapa pelakon yang berpendapat bakat lebih penting berbanding penampilan seorang pelakon.

Pun begitu, penerbit, Fadzil Teh senada dengan kenyataan dibuat A. Aida kerana sudah menjadi lumrah manusia suka melihat sesuatu yang cantik dan indah di mata.


Foto: mStar

Jelas Fadzil atau lebih mesra disapa Haji Zeel, dia sebagai penerbit turut mengutamakan pelakon yang mempunyai penampilan menarik untuk diketengahkan dalam drama terbitan syarikatnya.


"Kalau saya pun nak ambil yang cantik, yang kacak.

"Saya tak kata saya setuju dengan A. Aida tapi apa yang dia cakap itu, satu dunia kot suka tengok orang yang cantik.

"Macam lakonan itu ia boleh digilap tapi muka tak boleh 'digilap'," katanya kepada mStar.

Haji Zeel ditemui di majlis sidang media drama Jesnita terbitan Zeel Production di Kuala Lumpur pada Khamis.

Drama 40 episod yang menelan belanja sebanyak RM1.3 juta itu dibintangi oleh Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusof Bahrin, Malik McCrone dan Fikry Ibrahim.

Dalam pada itu, Haji Zeel berkata, cadangan meletakkan pelakon yang tidak mempunyai pakej paras rupa boleh dibuat penerbit namun pada akhirnya keputusan akhir terletak kepada stesen televisyen.

Ini kerana biasanya pihak stesen televisyen akan memilih barisan pelakon yang dikehendaki mereka.

"Proposal itu mungkin kita boleh hantar tetapi akhirnya pihak stesen TV juga yang akan pilih.

"Lagi satu, saya pun tak pernah dapat skrip daripada pasukan penulis skrip yang menggambarkan pelakon utama itu yang tidak elok (kacak, cantik)," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 28-10-2022 12:56 PM
ironinya yg sebok sgt pasal nak amek yg cantik2 n herlok2 is spesis muka hauk.
Quote Sweet_PC 28-10-2022 01:05 PM
memang realiti hidup manusia ni suka benda yang cantik2, nak tengok yang cantik2, konar tang mana pun, mmg kenyataan yg tu
Quote adeqbun 28-10-2022 01:05 PM
Boleh jugakk..tp jgn la bg lead role trus
Quote lattehazelnut 28-10-2022 01:09 PM
tipah89 replied at 28-10-2022 12:56 PM
ironinya yg sebok sgt pasal nak amek yg cantik2 n herlok2 is spesis muka hauk.

Baru nak cakap..
Quote laksmanabentan 28-10-2022 01:16 PM
tipah89 replied at 28-10-2022 12:56 PM
ironinya yg sebok sgt pasal nak amek yg cantik2 n herlok2 is spesis muka hauk.

hahahahaa... kot2 ada peluang dapat cuddling kan dappp...
hahahahhaha...
Quote margo20 28-10-2022 01:16 PM
Muka dia mcm bung
Quote opie5662 28-10-2022 01:20 PM
Sapa ckp rupa tak boleh ejas... Ko tgk la muka A. Aida zaman jahiliyyah.... Ade ke mcm muka skrg....
Quote heythere123 28-10-2022 01:23 PM
tipah89 replied at 28-10-2022 12:56 PM
ironinya yg sebok sgt pasal nak amek yg cantik2 n herlok2 is spesis muka hauk.

itulah, mungkin nak projecting on their own insecurities la kot

dah sedar yg diri tak lawa, so sebagai ganti dia cast la org yg lawa
Quote heythere123 28-10-2022 01:23 PM
adeqbun replied at 28-10-2022 01:05 PM
Boleh jugakk..tp jgn la bg lead role trus

yee, tak pasal hero & heroin kayu kayan

polish dulu, nanti dorang berlakon okay upgrade la jadi leads.
Quote tipah89 28-10-2022 01:40 PM
laksmanabentan replied at 28-10-2022 01:16 PM
hahahahaa... kot2 ada peluang dapat cuddling kan dappp...
hahahahhaha...

itewww yg sebenarnya kannnnn...

Quote tipah89 28-10-2022 01:44 PM
heythere123 replied at 28-10-2022 01:23 PM
itulah, mungkin nak projecting on their own insecurities la kot

dah sedar yg diri tak lawa, so se ...

they should empower la kan mana yg berbakat tapi rupa xberapa nak market ni since derang pun muka hauk and boleh provide peluang tu.. ya agree

Quote cikatilia 28-10-2022 01:47 PM
opie5662 replied at 28-10-2022 01:20 PM
Sapa ckp rupa tak boleh ejas... Ko tgk la muka A. Aida zaman jahiliyyah.... Ade ke mcm muka skrg.... ...








Quote diamondhoney 28-10-2022 01:57 PM
tak habis2 lagi isu ni.. iols dulu ngok betul ingat zeel production ni under zila jalil Cammane entah iols trpikir mcm tu
Quote duri_durians 28-10-2022 02:01 PM
secara am nya mmg pelakon kebanyakannya kacak, cantik, lawa kan..
Quote Siput_Sawah 28-10-2022 02:04 PM
Dah itu kenyataan nye nape nak bitter, kalau semua tak kesah tak laaa acik acik mengkaya kan tokeh tokeh kosmetik timbang kilo add on mekuri tu!! so tak yah lah nk poyo sgt ckp itu ini sbb ni dah kenyataan kat dunia yg fana ini. barang cantik harga pun baik.....!!!
Quote Siput_Sawah 28-10-2022 02:05 PM

Tapi still tak cantik
Quote opie5662 28-10-2022 02:13 PM
cikatilia replied at 28-10-2022 01:47 PM

Abeh kluar gambo zaman jahiliyah... Hahahahha

Erra pajira dlu pon idok la cantik mane... Benda boleh polish... Nape die kata tak boleh ejas bab kecantikan.. Haji pondan ni tak pernah cucuk2 ke... Eh lupe, lpas die cucuk makin buruk... Tu yg die kate kecantikkan takleh polish
Quote KucingBiru 28-10-2022 02:19 PM
Hero heroin yang masuk poster filem semua muka helok, filem Malaysia ke, hindustan ke, hollywood ke.. sama je.

Bezanya yang kat Hollywood, depa ada artschool yang dah pilih muka elok dan berbakat.

Kat Malaysia artschool yang ada pun aswara je, tu pun tak banyak yang muka helok dambaan taste rakyat malaysia.

Sebab tu la kayu kayan species mira basic dan mia ahmad boleh jadi heroin.

Yang berbakat end up jadi supporting actors saja
Quote Belibis 28-10-2022 02:19 PM
Tapi muka hauk pun boleh gilap jugak..modal kena tebal ler..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041654 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top