Perpisahan dan perceraian dalam sesebuah rumah tangga adalah perkara perit untuk diterima sekiranya perasaan sayang pada pasangan masih lagi kuat meskipun timbul bermacam-macam dugaan.
Tinjauan di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri hari ini mendapati, ramai golongan wanita tampil meluahkan isi hati mereka yang merindukan bekas suami sehingga mengganggu emosi dan mental. Seorang pengguna, Latifah memuat naik hantaran memberitahu dia terlalu sayangkan bekas suaminya dan sukar untuk melupakan lelaki itu. “Ya Allah, kenapa aku masih menyayangi bekas suami, sedangkan dia tidak sayang padaku.
“Saya tahu dia dah gembira dengan isteri baharu, tapi saya masih rindukan bekas suami, hari-hari menangis tengok gambar kami,” katanya. Situasi sama turut dialami oleh ibu kepada dua orang anak, Shakirah Othman yang berharap agar suaminya kembali semula kepadanya. “Jujur perasaan sayang dan rindu pada suami semakin bertambah lepas kami berpisah tiga bulan lepas, hidup saya jadi tidak terurus, anak-anak hari-hari tanya mana daddy (bapa), abang balik lah pada saya semula, kita mula hidup baru, saya dah maafkan abang,” luahnya. Bagaimanapun, punca penceraian mereka tidak dapat dipastikan. -CARI Sumber: Kosmo
|
noor2 replied at 28-10-2022 12:43 PM
Ko dah kenapa ...biar betul topik ni
Kak-Rohana replied at 28-10-2022 12:34 PM
Sebab tu jadi isteri zman sekarang ko tak leh lembek dek. Ko kena ada support system. Jantan sekaran ...
edayildiz replied at 28-10-2022 01:55 PM
nape nk rindu..
asal berlaki ke kak
tp kn i tgh lyn cite turki skrg ni..hazabedah sgt perangai lak ...
tumpanglalu74 replied at 28-10-2022 02:00 PM
Pi je bukak kaki kat zantan lain.. Problem solved.
Aku dari 1st guy ever keluor berjalan aku bla ...
Kak-Rohana replied at 28-10-2022 12:34 PM
Sebab tu jadi isteri zman sekarang ko tak leh lembek dek. Ko kena ada support system. Jantan sekaran ...
ADVERTISEMENT