CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beranak Maut Dilanggar MPV Dalam Perjalanan Ke Sekolah

28-10-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1433| Komen: 4

Dua beranak maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebaik mereka terjatuh ke atas jalan selepas motosikal dinaiki terbabas ketika dalam perjalanan ke sekolah, di sini pagi tadi.


Dalam kemalangan kira-kira jam 7.15 pagi di Jalan Padang Menora itu, lelaki berusia 46 tahun dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun, dilaporkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.


Lokasi nahas mengorbankan dua beranak di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor, padi tadi. - Foto tular

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, lelaki berkenaan dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah sebelum terbabit ketika kejadian.


"Hasil siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beranak berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum kedua-duanya terjatuh ke atas atas jalan.

"Pada masa sama, datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tidak sempat mengelak lalu terlanggar dua beranak terbabit. Akibat impak pelanggaran, dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 28-10-2022 11:58 AM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote Kitty_catz 28-10-2022 02:26 PM
Inalillah

hari ni byk eksiden

tadi pun dekat tol penchala, masuk bawah tayar trailer 18 wheeler.. bomba kena dtg sbb melekat kat tayar, terperosok, kaki apa semer hancur

then depan OU eksiden jughek , 2 keta 1 muto, tp sikit jahhh

Quote zaliza 28-10-2022 03:09 PM
Edited by zaliza at 28-10-2022 03:11 PM


Allahummaghfirlahuma warhamhuma wa’afihima wa’fu anhuma
Quote Artemesiaa 28-10-2022 03:19 PM
Takziah buat keluarga mangsa.  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.081827 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top