CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Ada Bakat Jadi Artis, Tak Tegur Dengan Orang Lama” - Azan Scan Mohon Penyanyi BBNU Tak Payah Bangga Pengikut Berjuta

28-10-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 992| Komen: 8

Vokalis Scan iaitu Azan memberitahu kumpulannya akan terus menghasilkan karya berkualiti untuk kekal relevan dalam industri muzik.

Azan atau nama sebenarnya Noorhazan Rashid, 50, berkata tidak kisah jika perlu bersaing dengan pelapis baharu dalam industri kerana menyedari perkembangan muzik sentiasa berubah dari hari ke hari.

Dia bagaimanapun menasihati penyanyi baharu untuk kekal merendah diri dan tidak mendabik dada dengan populariti yang dikecapi saat ini.

Foto: Gempak

“Kalau bersesuaian dengan gimiknya kami okay untuk melakukannya cuma tidaklah terlalu teruk kerana ikut faktor umur juga... tidaklah terkinja-kinja buka baju, itu mungkin tidak.


“Sebenarnya agak lama kami tidak bersama jadi mungkin selepas ini mungkin akan keluar perkara-perkara aneh yang kami akan lakukan.

“Untuk bersaing dengan penyanyi baharu itu memang kena ada cumanya bukan untuk tunjuk siapa hebat sebab kalau ikutkan kami sudah lama bermain dengan muzik ni... pelbagai jenis muzik sudah kami lalui dan sekarang ini adalah masa penyanyi baharu untuk menyinar.



“Cumanya untuk penyanyi baharu jangan menyombong dengan orang lama, bila dah rasa besar diri dengan jumlah bilangan pengikut media sosial yang banyak tu... sampai jumpa orang lama pun tak bertegur sapa, sepatutnya kena hormat each other,” kata Azan Scan kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Scan kini sedang mempromosikan single baharu mereka berjudul Pandang Pertama yang dilancarkan pada 29 Ogos lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 28-10-2022 12:10 PM
"...kalau ikutkan kami sudah lama bermain dengan muzik ni... pelbagai jenis muzik sudah kami lalui ." tapi gitu jugak lagu-lagu uols bang...leleh-leleh merengek..band pun main style perform fun fair... bbnu pun coverlah konsep gitu..tapi muzik arrangement lagi wow..
Quote bulalof 28-10-2022 12:18 PM
kesian. otai2 ni semua takut nak bersaing cara sihat ke?
Quote September14 28-10-2022 12:20 PM
X kenal kan.. klu tokti, mnasir mesti diorg x menyombong kan
Quote hyie 28-10-2022 12:22 PM
kekdahnya, ayat yang sama terpacul dari mulut artis2 veteran yach, chuols kena sedar zaman chuols dah berlalu. Sekarang zaman bbnu mendonia pulak. Sama la macam zaman chuols bbnu dulu, mendunia. Yang batch veteran masa tu menyendu. Gitulah roda hidup. Untuk kekal relevan, kenalah berusaha buat perubahan ikut arus semasa dan arus perdana. Contohnya, buat muzik moden.

Babb tak bertegur sapa tu mungkin retis bbnu tak kenal chuols, yelah chuols bukannya level ctdk yang dari jauh pun orang dah kenal siap jerit2 lagi tak perlu nak tunggu fefeeling orang tegur kita dulu gichewww...

terus hasilkan muzik yang bermutu tinggi yach.
Quote dewi_rina 28-10-2022 12:23 PM
tapi lagu lama memang best
Quote Acikgomen 28-10-2022 12:23 PM
Chuols pun sejuk beku sangat
Ko hengat bdk2 tu kenai ke retis dedolu yg dah sejuk beku ni
Bdk2 tu mesti ingat chuols ejen kambing perap pakmat western
Quote nawtylulu 28-10-2022 01:36 PM
hahaha ni kalo berlaga bahu pon blom tntu org knal bang. bru ni mse camera shot kt heols pon iols puas fkir sape pkcik ni ea. mcm knal tp x ingt..
Quote Supersirap 28-10-2022 01:51 PM
Kalau tidak kenal nak buat macam mana nak ditegur

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029942 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top