CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Syak Kabin Kontena Musnah Di Kediaman Menteri Besar Ada Unsur Khianat

28-10-2022 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1307| Komen: 4

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sebuah kabin musnah di kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah yang dipercayai berlaku pada 16 Oktober lalu.


Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 18 Oktober lalu jam 3.49 petang berhubung kejadian itu.


Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad. - Foto fail NSTP

Beliau berkata, hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati, terdapat kemusnahan yang teruk di sebuah kabin kontena kosong yang dijadikan stor di bahagian belakang dalam perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah itu.


"Berdasarkan hasil siasatan itu, ia membawa penemuan beberapa sampel dan bahan bukti dipercayai digunakan untuk menghasilkan letupan.

"Pihak polis mengesyaki kejadian itu mempunyai unsur khianat yang menggunakan bahan letupan.

"Kesemua sampel yang ditemui itu sudah dihantar ke makmal bagi tujuan analisa," katanya.

Wan Hassan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan menggunakan bahan letupan terhadap sebuah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh 20 tahun atau denda.

Beliau berkata, pihak polis sedang melakukan siasatan secara terperinci untuk mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

"Namun pihak polis menyeru orang yang mengetahui kejadian ini supaya tampil memberi maklumat kepada Asisten Superintendan Che Intan Subri di talian 013-9329614 atau 04-7321222," katanya.

Sebelum ini kejadian papan tanda dan pagar disimbah cat merah dan biru turut dilaporkan berlaku di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah pada 17 Oktober lalu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 28-10-2022 01:52 PM
Semoga sipelaku dapat diberkas dan diheret ke muka pengadilan
Quote spankee_fili 29-10-2022 01:00 PM
Tetiba rasa nak pitnah orang penang
Quote Goodluckdontcry 29-10-2022 01:11 PM
Along punya kerja kah??? SBB stail MO mcm along jer...

Mulut  MB ni pun kdg blh tahan juga, so itulah padahnya juga...mmmm
Quote Decaffeinated 29-10-2022 04:44 PM
sebab bola asik kalah ja kan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.270193 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top