Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Bekas juruteknik penyelenggara sebuah syarikat penapis air, Azrin Aisyah Mohd Razi, 32, berkata jika ada sebarang kerosakan atau aduan, pelanggan akan melaporkan kepada rakan sekerjanya atau melalui talian penting. “Tetapi tiada aduan dan laporan dalam sistem rekod (syarikat),” kata saksi pendakwaan ke-21 itu semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Sumber: Bernama
|
ADVERTISEMENT