CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Pukul, Cekik, Tanam Anak Perempuan Enam Tahun Hidup-Hidup Sebab Menipu

28-10-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1227| Komen: 4

Seorang bapa didakwa memukul, mencekik dan menanam anak perempuannya yang berusia enam tahun hidup-hidup kerana dikatakan berbohong.

Menurut satu aduan jenayah yang diperoleh KDKA, budak itu memberitahu polis bahawa bapanya, John Kraft, 50, akan 'mengebumikannya' di halaman rumah apabila bapanya percaya dia berbohong.

Dalam kejadian di Amerika Syarikat, pekerja sosial di Pennsylvania pada September mendapati terdapat lebam di muka dan badan kanak-kanak itu.

Foto: Metro UK


Anak perempuan Kraft dan adiknya memberitahu pekerja sosial dua minggu lalu bahawa dia 'menguburkannya' di dalam lubang di halaman rumah.


Menurut laporan polis, kanak-kanak itu memaklumkan bahawa Kraft akan meninggalkannya di halaman rumah sehingga dia memberitahu kebenaran dan kemudian akan keluar dari tanah dalam keadaan kotor dan berbau seperti kumbahan.

Peguam Daerah Greene County, David Russo berkata, ia adalah salah satu kes penderaan kanak-kanak paling teruk pernah dilihatnya.

"Dakwaan bahawa kanak-kanak ini telah dipukul dengan kejam, mempunyai lebam di seluruh badannya bahawa dia dicekik sehingga pengsan," kata Russo.

Mangsa berkata, bapanya juga akan memukulnya menggunakan tali pinggang.

Pihak berkuasa mengumpul bukti bahawa badan gadis itu mempunyai lebam baharu dan lama.

Kraft, dari Waynesburg, menghadapi pertuduhan termasuk serangan teruk, cekik, serangan mudah, pemenjaraan palsu ke atas seorang bawah umur dan sekatan yang menyalahi undang-undang ke atas seorang di bawah umur.

Dia kini ditahan di penjara dan dikenakan bon.

Kedua-dua mangsa dan adiknya kini ditempat di bawah perlindungan. -CARI

Sumber: mStar/ Metro UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 28-10-2022 01:26 PM
Saiko nak mampos! Elok mereput kat penjara.
Quote imanda 28-10-2022 01:45 PM
penah layan youtube storytelling psl crime scene tapi kdg xlalu nk tgk n dgr smp hbs sb jenayah nya teruk2 dan tak tercapai dek akal. rs jijik mcmn penjenayah blh buat mangsa macam tu kerat2 la ape la
Quote duri_durians 28-10-2022 01:58 PM
dolu2 kena sebat dgn tali pinggang, hanger, rotan tu perkara biasa.. skrg cubit pun tak leh dah.
harap adik tak trauma dan membesar dgn jaya bersama keluarga angkat..
Quote Supersirap 28-10-2022 02:01 PM
Ni mental sangat ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082859 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top