CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyamar Jadi Pakar Sakit Puan, Lelaki Perdaya Puluhan Wanita Hantar Gambar Dan Video Vagina

28-10-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1763| Komen: 14

Seorang lelaki menyamar sebagai pakar sakit puan dan kononnya bekerja di sebuah hospital sehingga menipu berpuluh-puluh wanita dengan mendapatkan gambar kemaluan mangsa.


Lelaki yang melakukan penipuan itu menerusi laman Facebook dihukum penjara di Singapura.

Menurut laporan CNN, tertuduh, Ooi Chuen Wei, 37, dari Malaysia pada Rabu didapati bersalah kerana menipu dengan menyamar dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan.


Foto:The Straits Times

Tertuduh membuat akaun palsu di Facebook untuk menghubungi mangsa, meminta mereka mengisi tinjauan yang merangkumi soalan mengenai kemaluan dan kehidupan seks mereka.


Dia juga menggunakan foto seorang wanita sebagai gambar profilnya, dan menambah rakan Facebook lelaki dan perempuan.

Dilaporkan,dia turut membuat profil Instagram dan LinkedIn menggunakan nama sama untuk menjadikan akaunnya kelihatan lebih tulen.

Dia kemudian mengenal pasti mangsa wanita dan menghantar mesej memperkenalkan dirinya sebagai Dr Lee dan menawarkan untuk berkongsi pelan perubatan untuk rundingan bulanan.

Mangsa diminta menghantar video untuk membolehkannya mendiagnosis sebarang masalah kesihatan, supaya dia boleh menyediakan pelan rawatan kepada mereka.

Dalam tempoh empat tahun, tertuduh memperdaya seramai 38 wanita dan menerima hampir 1,000 gambar dan video intim.

Penipuannya terbongkar pada Julai lalu apabila seorang wanita mencurigai Ooi dan menyedari bahawa tiada doktor sedemikian, dan membuat laporan polis. -CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 28-10-2022 10:25 AM
ada ada saje cara nak scam org
nak tgk poen free + live pun ada cara scam
ko tak boleh access free porn kah?
Quote DayangKirana 28-10-2022 10:41 AM
tri-max replied at 28-10-2022 10:25 AM
ada ada saje cara nak scam org
nak tgk poen free + live pun ada cara scam
ko tak boleh access free p ...

those kat p-orn site tu mostly done it willingly..
so, kurang thrill.. sick minded basted like him desires different kind of material to satisfy his fetish.
Quote CiliPadiSedap 28-10-2022 12:11 PM
singapore bagus penjenayah terus dakwa. tahniah singapore.
Quote duri_durians 28-10-2022 12:56 PM
aneh ye klau kt singapura atau negara lain, senang je penjenayah malaysia nk kna tangkap dan dakwa. if you know what i mean? dan rasanya ni bukan kes pertama cina malaysia buat jenayah seksual di luar negara yg bjaya didakwa. rasa cm ada satu kes melibatkan doktor perubatan di australia.
Quote Tinot7 28-10-2022 01:34 PM
kecian pompan2 yg jadi mangsa
Quote melekaifc 28-10-2022 02:46 PM
wow chinks mendonia
Quote salimrock 28-10-2022 03:04 PM
Tinot7 replied at 28-10-2022 01:34 PM
kecian pompan2 yg jadi mangsa

aku rsa diorang nak khidmat gyneacologyst percuma kot... atau murah..
mcm mana diorag boleh terpedaya ye...





Quote salimrock 28-10-2022 03:06 PM
Dalam tempoh empat tahun, tertuduh memperdaya seramai 38 wanita dan menerima hampir 1,000 gambar dan video intim.


err yg diorang bodo2 hantar gambar / video intim ni nape?


takpe la, dulu ramai cakap melayu bodo, romen2 rakam , utk simpanan peribadi ,  skrang even 1-1
Quote Tinot7 28-10-2022 03:18 PM
salimrock replied at 28-10-2022 03:06 PM
Dalam tempoh empat tahun, tertuduh memperdaya seramai 38 wanita dan menerima hampir 1,000 gambar dan ...

rakam romen2 tuh bkn melayu jahh... hat yg alvin ka apa yg rakam romen2 dgn awek dia tuh, mesian tapi blajaq kat singapura.. pastu kena buang uni sbb kes rakam romen2 ni..
sama jahh...
cuma bezanya, sbb melayu byk sensasikan hat menda ni.. di luar didikan agama.. so bising la dan byk tau.. hat bangsa lain2 tuh, buat dan sendiri simpan.
Quote Artemesiaa 28-10-2022 03:22 PM
Meroyan ler mereka yang minta khidmat nasihat darinya
Quote Tinot7 28-10-2022 03:25 PM
salimrock replied at 28-10-2022 03:04 PM
aku rsa diorang nak khidmat gyneacologyst percuma kot... atau murah..
mcm mana diorag boleh terped ...

bila deme ngaku professional ka keje beruniform ka, ada jahh pompan auto percaya.. kalau tak biase jumpa doktor, deme caya jahh lebih2 lagi jaman internet, pikiaq mmg voley bg konsultasi tanpa bersemuka.
pernah tak iols citer pasai ada acik melayu nih, ada biji kat bubis dia.. pastu suami bawak pi jumpa bomoh sbb kepercayaan melayu terhadap ubatan tradisional lebih kuat drp kepercayaan ubatan omputih? pi bomoh, somi dok luaq.. bomoh kata kena nyonyot utk kuarkan biji.. lepaih beberapa kali jumpa bomoh dan dinyonyot, acik tu kata tak voley jadi nih, rasa mcm bomoh tu wat projek.. so dia pi jumpe doktor. biji dikeluarkan dlm bilik bedah.. takde nyonyot2 yachh.. yg bedah sumer pompan..

jgn pertikaikan kenapa org voley terpedaya.. it just happens.

Quote salimrock 28-10-2022 05:40 PM
Tinot7 replied at 28-10-2022 03:25 PM
bila deme ngaku professional ka keje beruniform ka, ada jahh pompan auto percaya.. kalau tak biase ...

jibake nye bomoh...sedap dia nyonyot tetak bini orang... agak2 berair tak farash kene nyoyot...


mgkn lepas pesakit keluar, bomoh cepat goncang bagi keluar air mani...
Quote Tinot7 28-10-2022 05:47 PM
salimrock replied at 28-10-2022 05:40 PM
jibake nye bomoh...sedap dia nyonyot tetak bini orang... agak2 berair tak farash kene nyoyot...

mana iols tau...
hat dalam tuh semua takazut kott.. nasihat pi wat laporan pulis.. taktau acik tu wat laporan pulis ke dakk..

tak tau bomoh tu idup lagi ke dakk.. dan tak tau identiti bomoh tuh..
Quote surfinv 28-10-2022 06:55 PM
macam ni pun ada ye.. mmg malaysia ni lubuk scammer

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.120960 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top