CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paderi Dan Biarawati Kerap Tonton Porno

27-10-2022 09:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4209| Komen: 30

ROM, Itali – Pemimpin gereja Roman Katholik, Pope Francis mengaku bahawa sebilangan paderi dan biarawati kerap menonton video lucah di internet, lapor portal berita MailOnline.


Beliau memaklumkan perkara itu ketika berucap kepada ahli-ahli seminar di Rom pada Isnin lalu sambil berkata, bahan lucah di internet adalah ‘maksiat’ yang selalu dikongsikan antara ahli gereja. 

Foto: AFP

“Ia adalah bahan maksiat yang dimiliki orang ramai, orang awam, paderi dan biarawati. Saya tidak bercakap mengenai jenayah pornografi melibatkan penderaan kanak-kanak tetapi bahan lucah yang ‘normal’.

“Saudara-saudari yang dikasihi, berhati-hatilah tentang perkara ini,” demikian amaran Pope Francis kepada mereka.


Paderi dan biarawati Katholik dilarang menonton bahan pornografi, dengan doktrin Katekismus mentakrifkan imej seksual sebagai ‘kesalahan terhadap kesucian’ di bawah artikel 2354.

Pada tahun 2020, akaun Instagram Pope Francis kelihatan ‘memberi tanda suka’ pada gambar seorang model Brazil berbikini yang memakai stoking dan seluar dalam.

Model itu, Natalie Garibotto berkata, akaun Franciscus yang disahkan adalah antara beribu-ribu yang menyukai imejnya setelah dimuat naik pada 5 Oktober lalu.

Akan tetapi, akaun itu kemudiannya ‘tidak menyukai’ foto itu, sejurus sebelum Vatican City berkata, pihaknya sedang melancarkan siasatan.

Akaun media sosial Pope Francis telah diuruskan oleh sebuah pasukan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-10-2022 10:48 PM
Manusia bukan malaikat.


Quote AcikBuncit 27-10-2022 11:02 PM
Dah jd paderi n nun tu xleh kawen kan kalau xsilap.. Tu yg pelepas nafsu msing2 tgk porn kot.
Quote Highflyer19 27-10-2022 11:25 PM
Mereka pun ada napsu...
Quote Skuau 27-10-2022 11:41 PM
tgh nunggu 'Warrior Nun' S.2.
Quote hashashes 28-10-2022 12:56 AM
Dulu masa sekolah kawan aku cerita ramai anak2 luar nikah kat hosp hasil hubungan terlarang paderi2 ngan nun ni lah
Quote Buritan 28-10-2022 05:20 AM
hashashes: Dulu masa sekolah kawan aku ce ...


Susah nak thn mafsu.. soklan serius.. nape depa tak leh kawin ek.. siam jgk no..
Quote Buritan 28-10-2022 05:21 AM
hashashes replied at 28-10-2022 12:56 AM
Dulu masa sekolah kawan aku cerita ramai anak2 luar nikah kat hosp hasil hubungan terlarang paderi2  ...

Sian bebudak tuu.. pdhl depa ade mak pak yg baik baik..
Quote zamzam 28-10-2022 06:17 AM
Buritan replied at 28-10-2022 05:20 AM
Susah nak thn mafsu.. soklan serius.. nape depa tak leh kawin ek.. siam jgk no..

Depa ikut jesus yg tak kawin. Kena tahan nafsu.
Quote shop_girl 28-10-2022 06:35 AM
Apsal cam tak pedas je kecaman kat sini
Quote imanjannah 28-10-2022 06:43 AM
shop_girl replied at 28-10-2022 06:35 AM
Apsal cam tak pedas je kecaman kat sini

hahhahhaa
Quote R2D2 28-10-2022 06:56 AM
bila melibatkan paderi
thread jadi sendu
tiada istilah penunggang agama



walhal byk je kes2 mcm ni
Quote trisnalovezul 28-10-2022 07:44 AM
Mereka juga manusia
Quote Solokkk 28-10-2022 08:05 AM
shop_girl replied at 28-10-2022 06:35 AM
Apsal cam tak pedas je kecaman kat sini

Tu la pasal…..
Quote Simunggu 28-10-2022 08:33 AM
Edited by Simunggu at 28-10-2022 08:48 AM

inilah akibatnya bila manusia mau berubah jadi malaikat...Allah jadikan manusia nalurinya ada nafsu sbb tu Islam menghalalkan perkahwinan, tak cukup 1 boleh sampai 4.
kalau dah tak boleh kahwin mcm paderi/sami etc, kan dah susah...
Quote mekfazura 28-10-2022 09:01 AM
Bila kena kat paderi........ perkataan amang seksual dan  penunggang agama macam tak sesuai kat mereka...... cuba puak lagi satu tu buat, wartawan B40 rajin kupas
Quote salimrock 28-10-2022 09:15 AM
mekfazura replied at 28-10-2022 09:01 AM
Bila kena kat paderi........ perkataan amang seksual dan  penunggang agama macam tak sesuai kat mere ...

mana2 agama pn ada penunggang masing2 malah, kt Jepun pn ada...


tu la lama sgt biar barang tak di goncang, lama2 meletus juga...
Quote salimrock 28-10-2022 09:16 AM
mgkn hubungan seks dilarang, tp onani , masturbate di benarkan kot
Quote TomyamPuteh 28-10-2022 09:51 AM
Org2 suci pun tgk porno?
Quote FOTHER-MUCKER 28-10-2022 10:04 AM
di forum ni tak ada penganut kristian catholic.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052271 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top