CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamaknya Buang Janin Dalam Tandas Masjid Di Terengganu

27-10-2022 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1344| Komen: 4

KEMAMAN – Seorang pekerja am tergamam menemukan janin cukup sifat bersama uri sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan tandas wanita di Masjid Kampung Labohan, Kerteh di sini hari ini.


Kariza Muda, 49, memberitahu, dia menemui janin dianggarkan berusia empat bulan itu di lantai tandas wanita berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari.

“Saya ternampak objek tersebut sewaktu mahu memulakan kerja-kerja mencuci berkenaan.

“Walaupun kecil, janin tersebut sudah mempunyai struktur kepala, tangan dan kaki yang lengkap. Terkedu saya sebentar melihatnya,” katanya ketika ditemui di Masjid Labohan, Kerteh di sini hari ini.

Foto: Kosmo


Kariza berkata, dia kemudiannya memaklumkan penemuan janin tersebut kepada ahli jawatankuasa masjid berkenaan dan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan pihaknya yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 3 petang mengesahkan objek itu janin.

Tambah beliau, janin tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan masjid sedang dilakukan selain klinik-klinik berhampiran bagi mengesan wanita yang keguguran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-10-2022 11:38 PM
Kuceng. Bukan manusia! Buang masa org forensik
Quote rosedemon 28-10-2022 10:49 AM
cam bodoh la. kucing ke. hahahaha lawak
Quote acik79 28-10-2022 12:01 PM
Kucing rupanya… mak cik ni glamer sbb kucing [em:4:]
Quote KamikuP 28-10-2022 04:37 PM
Itu janin oyen daa

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056561 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top