Tular video yang menunjukkan jenazah dalam keadaan masih berbalut dengan kain kafan hanyut dibawa arus ketika banjir.
Dalam keterengan video, kejadian berlaku di Kampung Pandangan di Ngantru, Tulungagung di Jawa Timur, Indonesia. Ketua Polis Ngantru, AKP Sumaji mengesahkan kejadian itu. Menurut beliau, jenazah dihanyutkan arus deras ketika banjir yang melanda tanah perkuburan awam di kawasan tersebut pada Sabtu lalu. "Ada tiga jenazah yang terkeluar dari kubur dan hanyut dibawa arus," kata Samaji memetik Antara.
Beliau berkata, petugas melakukan pemindahan jenazah selepas banjir surut.
|
ADVERTISEMENT