CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Dakwa TikTok Curi Duit, Lesap Sampai RM20 Ribu

27-10-2022 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2540| Komen: 16

Seorang individu di Facebook mendakwa wang mereka telah ‘dicuri’ oleh aplikasi popular TikTok.

Wanita berkenaan yang menjalankan perniagaan di TikTok itu berkata, duit yang tersimpan dalam akaun aplikasi berkenaan tiba-tiba ‘lenyap’ tanpa pengetahuannya.


Gambar Hiasan

Menurutnya ada juga peniaga yang telah kehilangan wang bernilai RM20,000 gara-gara TikTok ada mengenakan caj penghantaran percuma kepada peniaga atas transaksi perniagaan sekitar dua tiga bulan yang lalu.

"Free shipping yang TikTok tabur untuk tarik buyer rupanya seller yang kena tanggung. Barang dah setel 2-3 bulan lepas baru sekarang TikTok tarik duit seller. Bukan sikit-sikit ye ada yang yang ghaib 20k."




Berikutan itu, wanita berkenaan meminta agar peniaga di TikTok untuk tidak menyimpan terlalu lama wang hasil jualan dalam akaun aplikasi tersebut sebaliknya terus menyimpannya ke dalam akaun bank peribadi.

Namun begitu, ada juga yang mendakwa terdapat kesilapan ataupun ‘glitch’ dalam sistem TikTok dan wang peniaga akan dikembalikan semula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menjadi peniaga di aplikasi itu berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita itu.

Namun, sehingga setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada wakil TikTok berhubung isu ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 27-10-2022 08:44 PM
Uish ada T&C tersembunyi ke???
Quote evlinne 27-10-2022 09:16 PM
Hehe cina mmg kuat menipu
Cina sendiri pun ngaku
Quote akies 27-10-2022 09:17 PM
Dah kenapa simpan duit kt situ beribu riban dan tak transfer ke acc terus?
Quote underground 27-10-2022 09:41 PM
akies replied at 27-10-2022 09:17 PM
Dah kenapa simpan duit kt situ beribu riban dan tak transfer ke acc terus?

Bukan simpan, tu duit sales.

Problem dia TikTok ni kan bagi Free Shipping setiap item seller jual, nak bagi laku marketplace dia macam Shopee mula2 dulu.

Now ramai seller kan ban shopee sebab dah start caj fee macam2..

Now, lepas 2 bulan seller jual item tu, TikTok tetiba auto-paksa-deduct shipping fee atas sales2 terkini dengan alasan courier over charge item2 dulu sebab ada yg over-weight.


Ada kes, buyer dah bayar shipping fee pun TT nak caj seller lagi.

ada kenal beberapa seller yg sales dia berjuta sebulan... terduduk kena potong banyak camtu.
ada yg seller dulu2 sales lebat, sekarang sendu sikit.. bila kena deduct camni terus negatif balance.

Memang kiasu berniaga ni kalah israel punya licik.
Quote akies 27-10-2022 09:46 PM
underground replied at 27-10-2022 09:41 PM
Bukan simpan, tu duit sales.

Problem dia TikTok ni kan bagi Free Shipping setiap item seller jual ...

Tu tau. Duit sale.
Biasanya kalau di shopee, iols dapat je duit dr shopee terus je withdraw terus ke acc.

Dalam kes dia..dah beribu riban kenapa tak withdraw aje dan transfer ke acc terus.
Kenapa nak simpan lagi di tiktok
Quote elzy 28-10-2022 08:08 AM
Kesian, duit hangus mcm tu saja..
Quote rosedemon 28-10-2022 10:48 AM
yeke. adan ukeee
Quote DayangKirana 28-10-2022 10:48 AM
huntong yer niaga kat TT..kat fyp aku, semedang aje yang niaga baju2 ni.. kekadang syok gak layan.
Quote Kak-Rohana 28-10-2022 12:09 PM
TikTik dah buah hal dah.. jap lagi jd MySpace
Quote Kitty_catz 28-10-2022 02:29 PM
naseb takde acc toktok ni.. tak muleh deme curi duit meols,, adan uke
Quote Suchi 28-10-2022 02:46 PM
Edited by Suchi at 28-10-2022 02:49 PM

Pestime beli baju kat tiktok konon nak sapot local seller sygnya iols terpaksa minta return& refund tp seller rejek.
dah baju tak best suka ti la nak return pun bknnya nak minta refund je tp return sekali.
Dia ckp baju paling selesa sekali dapat material mcm murah je jenis panas dan miang bila pakai.
Heran baca review kat shopee kemain lagi memasing kata best bagai. Korang ni mmg takde citarasa ke apa? Atau mmg tak penah pakai baju yg material best?
Iols nak bg org pun tak sampai hati,so malas dh nk beli kat tiktok ke apa baju.
kemain harga dh nak sama uniqlo tp kualiti hauk gilerr
Lebih berbaloi la beli kat uniqlo leh tukar baju dlm masa sbln, leh minta refund duit kalau rasa tak jd nak baju tu.



Quote orkid_amani 28-10-2022 03:14 PM
Smlm aii saja la install TikTok ni..tetiba ada prompt out promotion apa ntah utk 1st time buyer katanya..aii tengok murah gak la Cadbury balang ni..biasa beli kat lotus 20lebih..ini siap free shipping lagi
Quote rifaa 28-10-2022 03:18 PM
kesiannya

Quote mejaputih 28-10-2022 08:15 PM
Suchi replied at 28-10-2022 02:46 PM
Pestime beli baju kat tiktok konon nak sapot local seller sygnya iols terpaksa minta return& refund  ...

Iols kalau baju mmg xla nk beli online ni sbb sejenis suka try dulu rasa material..sbb taknak kena yg panas or miang or kain cpt rosak...atau kdg2 warna sebenar lusuh. Atau saiz x ngam..
Quote rogayahtop 28-10-2022 09:05 PM
ngeri dengar.

baik buat ads je la kalau dah ada website. kalau ambik poslaju tu pun tak mahal mana kalau dlm malaysia. set je la minimum sale brp2 utk free shipping



Quote TabletSusu 28-10-2022 09:19 PM
aku suka membeli belah kat tiktok ni.. sbb free shipping.. and ada masa ada voucher buat barang tu lg murah. tp biasanya aku beli mknn lah.. kerepek lah, kekacang lah, asam2 lah. beg pun aku pernah beli. asal benda dpt murah.. aku ok je

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.170628 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top