CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Otak Mana, Oyen Ketakutan,"- Pemandu Dikecam Pandu Laju Trak Pikap Sambil Bawa Sangkar Ada Kucing

27-10-2022 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2969| Komen: 39

Sebuah video tular, memaparkan pemandu kereta 4×4 yang membiarkan kucingnya di dalam sangkar di bahagian bonet ketika kenderaan tersebut sedang bergerak laju.

Situasi tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Kucing tersebut dilihat berpaut pada sangkar kerana ketakutan ditiup angin kuat.

Foto: Twitter


Kebanyakan netizen bersimpati terhadap haiwan tersebut kerana dibiarkan di belakang kereta.

Malah ada juga yang mengatakan ianya bukan satu gurauan yang boleh dijadikan bahan untuk ketawa walaupun audio yang digunakan merupakan audio lucu.


"Ni tak lucu ya. Kucing tu takut, bukan santai-santai kena angin."



Ramai yang menyifatkan bahawa tindakan pemandu itu ibarat menyeksa kucing tersebut dan boleh menyebabkan haiwan comel untuk mengalami ketakutan yang membawa kepada trauma.

"Dia boleh trauma. Bila terlampau takut, boleh jadi dia kurang makan dan juga stres yang akan buatkan dia jatuh sakit."

Netizen juga menegaskan bahawa tindakan itu bukannya sesuatu yang boleh dijadikan contoh dan membawa pengaruh buruk sekiranya kanak-kanak melihatnya. -CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 27-10-2022 06:31 PM
sib baik kucing...kalo orang..netizen dh kecam..lemah,pondan...
Quote insulin 27-10-2022 06:35 PM
Korang kecam2 padahal kucing tu sedang menikmati angin yang nyaman.
Quote sharlenetexas 27-10-2022 06:38 PM
Kucing tu tak reti duk kat bawah ke?

Quote krustykrab 27-10-2022 06:40 PM
insulin replied at 27-10-2022 06:35 PM
Korang kecam2 padahal kucing tu sedang menikmati angin yang nyaman.

Tu lah ...netizen kan semua dia betoi
Quote she 27-10-2022 06:42 PM
Tapi kan
Macik takkan bawa meow debabs macik macam tu
Semua duduk dalam kereta
Bersidai atas dashboard
Menghirup ekon

Kalau macik lahhh
Macik sayang meow wooo
Quote insulin 27-10-2022 06:49 PM
she replied at 27-10-2022 06:42 PM
Tapi kan
Macik takkan bawa meow debabs macik macam tu
Semua duduk dalam kereta

Kenapa makcik biarkan duduk atas dashboard? Patutnya kena pakaikan tali pinggang. Nanti kalau kereta accident, confirm kucing makcik melayang ke muka makcik sambil dia hunuskan kesemua kukunya tu. Boleh bayangkan x ni?
Quote kakikuDibibirmu 27-10-2022 07:00 PM
Ni bonet ke boot?

54-3000-0 (1).jpg
Quote dani-rox 27-10-2022 07:03 PM
kucen sejenis hewan suka setempat jurr. traveling2 nih esp dlm kenderaan akan buat ia stress.
Quote she 27-10-2022 07:04 PM
insulin replied at 27-10-2022 06:49 PM
Kenapa makcik biarkan duduk atas dashboard? Patutnya kena pakaikan tali pinggang. Nanti kalau kere ...

Hahahaha

Dia katik sayammm
Terpaksa menenggek kat desbod
Alaaa kalau brek emegensi
Inilah masanya dia bertukar jadi bantal kekabu
Sia2 tau macik bela sampai 10kg sekor
Quote mzzenma 27-10-2022 07:08 PM
tu mcm dia tengah enjoy je..rasanya kalau dia takut dia menikus kat one corner je..ni duk fefeeling titanic di situ

tapi tak tau lah...oyen kan..unpredictable
Quote mzzenma 27-10-2022 07:09 PM
she replied at 27-10-2022 07:04 PM
Hahahaha

Dia katik sayammm

mcm mana nak bagi 10kg tu makcik? kucing mzz baru 5kg..jalan perut cecah lantai..
Quote kaedahnya 27-10-2022 07:25 PM
kenapa kucing tu nampak macam best best jah
Quote Thunderclouds 27-10-2022 08:10 PM
Sangkar tu nampak besaq. Mana nk muat sumbat dlm keta. Aku husnuzon driver xdak carrier cage. Netizen serba serbi nk wat konten tiktok. Acah2 good. Patu kongsi mkn daging sedara sendri sikit sorg.
Quote bakingsoda 27-10-2022 08:25 PM
kucing tu tatau lah,tapi mcm tu la kucing aku pegang kat sangkar kalau takut bila kena blow lepas mandi. dan kebanyakan kucing benci travel, takut bunyi kuat, tak suka dlm kenderaan bergerak. tempat terbaik kalau bawak travel, letak dlm carrier yg cukup luas utk stretch, ada lapik gebu, boleh tambah alas wee pad takut terkencing susah lak nak basuh dan tutup dgn selimut. baru kucing rasa selamat sikit.
Quote she 27-10-2022 09:17 PM
mzzenma replied at 27-10-2022 07:09 PM
mcm mana nak bagi 10kg tu makcik? kucing mzz baru 5kg..jalan perut cecah lantai..

Idok ler tepat 10kg
Yang paling tua tu 9.1kg
Dia paling debab
Jalan pun kaki takleh catwalk
Yang paling kecik berat 6kg
Komer takyah angkat deme lah
Dia jalan pun semput2
Tidor berdengkur
Nak jilat perot pun tak oleh

Macik bagi makan makanan Korea
Air Coway
Indoor cat
Quote CiliPadiSedap 27-10-2022 09:33 PM
Baik bela monyet bontot merah. Sekor je dah 15kg
Quote eyansss 27-10-2022 09:52 PM
insulin replied at 27-10-2022 06:49 PM
Kenapa makcik biarkan duduk atas dashboard? Patutnya kena pakaikan tali pinggang. Nanti kalau kere ...

kenapa aku pulak yang terbayang...  adeh...
Quote eyansss 27-10-2022 09:53 PM
tapi ni isu semasa ke?  bukan patut kat kongsi tular ke…
Quote copy_paste 27-10-2022 09:59 PM
she replied at 27-10-2022 06:42 PM
Tapi kan
Macik takkan bawa meow debabs macik macam tu
Semua duduk dalam kereta

kucing aku suke duduk kat belakang tengkuk masa memandu adehh

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073765 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top