Tindakan anak sulung usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B menggunting pendek rambutnya mengundang kecaman daripada netizen.
Ini kerana penampilan baharunya itu dilihat kurang sesuai digayakan seorang remaja perempuan kerana dikatakan menyerupai lelaki. Tampil menjawab mengenai perkara itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 17, berkata ibunya yang memberi cadangan imej baharu berkenaan kerana rambutnya sudah rosak. "Mama kata rambut saya rosak... jadi mama guntingkan rambut yang rosak itu sebab nanti rambut tumbuh yang baharu.
"Tapi rambut bahagian atas saya tak bagi mama sentuh. Mama guntingkan tapi tak cantik, saya terpaksa pergi kedai gunting rambut lain untuk betulkan semula. "Rambut saya rosak sebab warnakan rambut dan tak jaga dengan betul. Kalau tak gunting lambat laun dia akan botak. Sekarang ni rambut pendek lebih okay," katanya kepada mStar.
|
pooh~key replied at 27-10-2022 10:31 AM
Akak dari dulu lagi syak heols ni lesbian sis. Akak harap jadi kenyataan sis. Akak support life lesb ...
ADVERTISEMENT