Pemain gitar terkenal, Man Kidal berdepan ujian lagi apabila diisytiharkan muflis minggu lalu kerana kegagalan membayar pinjaman kereta.
Man ketika ditemui berkata, perkara ini baru diketahui dan ia membuatkan dirinya panik kerana akan menjayakan Konsert Kolaboraci Three To Rock di Jakarta, Indonesia pada 25 November ini. "Memang tak sangka ia akan berlaku. Untuk itu, saya kena buat surat kepada pihak berkenaan menyatakan komitmen akan bayar setiap bulan seperti yang ditetapkan. "Apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri dan saya kena reda. Memang ujian saya bertimpa-timpa. Sebelum ini saya dijangkiti Covid-19, isteri menjalani pembedahan dan kemudian bergelar asnaf.
"Rasanya tahun depan saya malu nak ambil bantuan sebagai asnaf. Alhamdulillah, keadaan dah okey. Saya tak sepatutnya ambil lagi," katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Kolaboraci Three To Rock di Hard Rock Cafe, semalam. Konsert anjuran Aci Gold itu menggabungkan rockers dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang akan berkongsi pentas di SMESCO Convention Hall, Jakarta.
|
umbut replied at 27-10-2022 04:42 PM
Dah tua2 pun keta x habis2 bayar ke
bottompro replied at 27-10-2022 04:30 PM
bila dengar nama man kidal, meols tahu job di asyuk. byk je artis muda collab buat show dgn dia.
heo ...
Raline replied at 27-10-2022 04:59 PM
legend dah legend dah....
bakat pun mmg berbakat...
ADVERTISEMENT