CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fokus Sangat Kepada GV9 Sampai Tomok Tak Ada Masa, Keluarga Terabai?

27-10-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3921| Komen: 31

Tomok tidak mahu terlalu memberi fokus kepada kerjaya dan persaingan Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan sehingga mengabaikan perhatian serta keperluan keluarga.


Mengakui beraksi di pentas GV bukan tugas mudah, bapa kepada tiga anak ini cuba membahagikan masa sebaiknya agar mampu memberikan persembahan terbaik dan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Foto: IG

“Ramai tidak tahu, untuk persembahan tiga minit, latihan dan persediaan mengambil masa seminggu. Saya akan pastikan ada masa untuk fokus persediaan, selain memberikan perhatian kepada isteri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan.

“Pada masa sama, perniagaan tetap perlu dipantau dan dijaga. Sebenarnya GV menuntut komitmen yang sangat tinggi. Syukur isteri sangat memahami, malah dia banyak membantu saya menguruskan anak-anak.

“Saya tidak mahu kerana terlalu fokus kepada GV, saya hilang tumpuan terhadap keluarga. Semua penting dan saling melengkapi. GV bukan tugas mudah, tetapi itu cabaran untuk kami,”katanya.



Ahad lalu, Tomok merampas kedudukan selesa Jaclyn Victor apabila meraih tempat pertama pada persaingan minggu keenam menerusi lagu Everybody nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys (BSB).

Meraih markah tertinggi pernah diberikan juri tetap, Datuk Ramli MS dalam kategori persembahan, penyanyi Bidadari ini cuba membawa kelainan setiap minggu menerusi lagu yang dipilih.





“Semestinya saya perlu buat sesuatu yang berbeza, pada masa sama kena berhati-hati. Contohnya persembahan Hukum Karma yang kurang menjadi, tetapi ia memberi pengalaman dan pengajaran.



“Saya tidak simpan taring untuk minggu akhir kerana saya anggap setiap minggu adalah malam finale. Apa yang ada, saya bagi semua. Semua peserta hebat-hebat, jadi itu juga memberikan persaingan sihat untuk saya,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 27-10-2022 04:36 PM
Fokus je ler .. bini kan ada urus rumah.. hulur je duit kepok
Quote ctkusiam 27-10-2022 04:42 PM
Dia buat bisnes apa?
Quote Lavender_Violet 27-10-2022 05:06 PM
Wife heols lebih tua dari heshe kan?
Kelakar pulak Tok Ram dgn kain pelekat Tshirt pagoda & kopiah tu
Biasa nmpk hensem berkot
Quote LadyCarefree 27-10-2022 05:09 PM
Tajuk bangang. Tomok cakap dia taknak fokus sangat kat gv9 laaaaaaaa sbb dia nak bahagi masa dengan keluarga dan business. Bilamasa keluarga terabai? Teruk betul repotz sekarang. Kalau keluar tajuk macam ni kat media sana, harap Tomok saman juta juta.
Quote miamiot 27-10-2022 05:10 PM
ctkusiam replied at 27-10-2022 04:42 PM
Dia buat bisnes apa?

Tealive rasanya
Quote melinda_kerr 27-10-2022 05:19 PM
tak pernah minat dgn die ni. suara pun biasa2 jer. pernah terjumpa dgn wife die kt luar. muka ketat jer.
Quote krimkraker 27-10-2022 05:24 PM
melinda_kerr replied at 27-10-2022 05:19 PM
tak pernah minat dgn die ni. suara pun biasa2 jer. pernah terjumpa dgn wife die kt luar. muka ketat  ...

Membe meolss penah cite lakibini ni penah masuk butik die keje dulu. Mase preggy anak sulung xsilap. Memang bini heolss sejenis muke ketat, sombong sket...
Quote MistrezHermanaz 27-10-2022 05:29 PM

street churros x silap
Quote she 27-10-2022 05:31 PM
Sampahnyaaaaa uolssss
Belum lagi jadi retis international
Setakat GV tu jahhh
Acahhh betul lah
Quote jihyomelly 27-10-2022 05:45 PM
MistrezHermanaz replied at 27-10-2022 05:29 PM
street churros x silap

tealive dah masuk 2 outlet kan..street churros lg..bagus la bekalan hari tua
Quote Perawankota 27-10-2022 07:36 PM
Baby face betul muka dia ni.. Cuma rambut jer lah dah botak
Quote aechae 27-10-2022 07:38 PM
ctkusiam replied at 27-10-2022 04:42 PM
Dia buat bisnes apa?

Dia ada 2 outlet chatime
Quote aechae 27-10-2022 07:39 PM
jihyomelly replied at 27-10-2022 05:45 PM
tealive dah masuk 2 outlet kan..street churros lg..bagus la bekalan hari tua

Chatime lh uolss
Quote jihyomelly 27-10-2022 07:48 PM
aechae replied at 27-10-2022 07:39 PM
Chatime lh uolss

sorry silap hehehe..tq betulkan
Quote LadyCarefree 28-10-2022 02:06 AM
aechae replied at 27-10-2022 06:38 PM
Dia ada 2 outlet chatime

Chatime 2 dan street churros 2
Quote aina_shaira 28-10-2022 07:12 AM
Korang ni mesti peminat dia kan sampai bisnes apa dia buat korang tahu
Quote izat123 28-10-2022 07:35 AM
aina_shaira replied at 28-10-2022 07:12 AM
Korang ni mesti peminat dia kan sampai bisnes apa dia buat korang tahu

Haha mesti acik acik yang zaman majalah Mangga New Boyz punya poster tepi kolam diorang tampal kat locker asrama
Quote syabee 28-10-2022 07:37 AM
bini dia ni dulu pramugari kan... tp kan aku tgk skang mcm acik2 sgt...mcm tak pandai berhias pun ada...
Quote MistrezHermanaz 28-10-2022 09:58 AM
LadyCarefree replied at 28-10-2022 02:06 AM
Chatime 2 dan street churros 2

ooo chatime pun ye, iols tau street churros tu je, pernah lalu yg kt OU tu, tp cawangan dia nye yg mana ye

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043634 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top