CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tampar Dan Letak Cekodok Panas Di Tangan Nenek, Cucu Dipenjara 12 Bulan

27-10-2022 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1857| Komen: 19

MELAKA – Perbuatan seorang cucu sanggup menampar dan meletakkan cekodok panas di tangan neneknya sehingga menyebabkan kecederaan berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Nazri Zol, 34, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja didapati telah menyebabkan kecederaan terhadap neneknya, Halimah Hassan, 83, kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah rumah di Taman Sutera Belia, Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 21 Oktober lalu.


Foto: Kosmo


Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 323 dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, ibu tertuduh telah melihat anaknya itu menolak warga emas berkenaan lalu menyuruhnya keluar dari rumah tersebut sebelum berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.

Tertuduh kemudian tiba-tiba bertindak menampar belakang badan serta muka neneknya dan mengambil cekodok panas sebelum meletakkannya pada tangan mangsa.

Laporan perubatan Hospital Melaka mengesahkan mangsa telah mengalami kecederaan soft tisu injury dan tertuduh telah ditangkap pada pada pukul 10 malam pada pukul 21 Oktober lalu.

Terdahulu, tertuduh yang merupakan penganggur merayu hukuman rendah diberikan, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dengaj mengambil kira kesalahan dilakukn serius.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 21 Oktober lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 27-10-2022 02:56 PM
neneknya yg report polis ke
Quote KamikuP 27-10-2022 03:05 PM
Bertuah punya cucu.. mesti penagih dadah  tegar ni
Quote kepompong 27-10-2022 03:07 PM
kalau baca. macam mak tertuduh. sbb mak tertuduh yg suruh keluar dari rumah. Report tu mesti sbb takut ngan tertuduh kan
Quote tumpanglalu74 27-10-2022 03:12 PM
kepompong replied at 27-10-2022 03:07 PM
kalau baca. macam mak tertuduh. sbb mak tertuduh yg suruh keluar dari rumah. Report tu mesti sbb tak ...

Dah mula ade kesedaran..  Ramai lagi ibu2 yang menyorokkan kesalahan anak2 penagih depe tu.

Quote Artemesiaa 27-10-2022 03:13 PM
Mesti kes duit nenek nak jaga nenek tak nak bila tak suka mula mendera
Quote cap_ayam 27-10-2022 03:21 PM
Kesian nenek umur 83 kena tampar dan cedera kena panas
Quote ninja boy 27-10-2022 03:23 PM
Edited by ninja boy at 27-10-2022 03:25 PM

Jenayah dlm family mmg patut kena
Quote Minami2013 27-10-2022 03:42 PM
Challenging zaman skrg ni. Penjenayah dikalangan keluarga sendiri.
Quote jazaa100 27-10-2022 03:46 PM
sangbara2020 replied at 27-10-2022 02:56 PM
neneknya yg report polis ke

Tak.....aku suspek mak dia yg report....

Bagus mak dia, tak de lah nk menangkn ank jantan taguna tu.....
Quote jazaa100 27-10-2022 03:48 PM
kepompong replied at 27-10-2022 03:07 PM
kalau baca. macam mak tertuduh. sbb mak tertuduh yg suruh keluar dari rumah. Report tu mesti sbb tak ...

Tak....

Jantan taguna ni tolak nenek dia & suruh kuar dari rumah.....
Mak dia nmpak & dorang begaduh.....
Quote jazaa100 27-10-2022 03:50 PM
Lahaiii....umor nenek pun dah 83thn....
Brp lama je lg nk hidup....
Klu mkn pun, segenggam pun tak hbis....
Knp le sanggup buat mcm tu.....
Quote pittjie 27-10-2022 03:53 PM
jazaa100 replied at 27-10-2022 03:48 PM
Tak....

Jantan taguna ni tolak nenek dia & suruh kuar dari rumah.....

tak sis. mak dia nampak budak tu tolak nenek jadi mak dia marah dan suruh dia kluar dari rumah. then berlaku perang mulut antara emak & anak tu.

Quote tikusmontok 27-10-2022 03:53 PM
KamikuP replied at 27-10-2022 03:05 PM
Bertuah punya cucu.. mesti penagih dadah  tegar ni

Tak bertuahlah dapat cucu perangai mcm syaitonnn
Quote babelina 27-10-2022 03:58 PM
baik la di report.. kemudian hari xtaw apa yg dia mampu lakukn..
kuang ajor!!! kecik2 org bela ko ssh2.. nk besar kemain hero ko ye..(ayt mak aku sgtttt)
Quote Aikiko 27-10-2022 04:16 PM
Cucu derhaka
Quote Kurex 27-10-2022 04:20 PM
Babi punya penganggur!
Quote Perawankota 27-10-2022 07:37 PM
Benci aku org mcmni
Quote kakikuDibibirmu 27-10-2022 08:05 PM
Lahabau betul, program berjalan dengan lancau, ulau berlingkau di atas pagau, Hawau you? I am fine, thank you, nice tumit you
Quote rosedemon 28-10-2022 10:46 AM
mujur cekodok bukan iron ke apa. kihkih. tp tetaplah iol simpati pada nek tu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.119872 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top