CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Baru Semalam Teman Makan Dan Berbual,"-Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia

27-10-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2131| Komen: 14

Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari Khamis.


Berkongsi perkara tersebut, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkata, ibunya, Hasnah Abu sudah beberapa tahun menjalani rawatan berkenaan akibat masalah buah pinggang dan sempat meluangkan masa bersama Allahyarham pada Rabu.

Foto: IG

"Baru semalam saya menghadap mak, masakkan makanan dan belikan buah kegemarannya. Teman mak makan dan solat, teman berbual.

"Hari ini emak sudah tiada," katanya.


Abby memaklumkan mengenai pemergian ibunya menerusi perkongsian di lnstagram miliknya.



Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Sementara itu, suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria berkata, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis.


Minggu lalu kata Faizal, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.

"Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga ada masalah jantung.




"Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan," ujarnya kepada mStar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-10-2022 04:47 PM
salam takziah yebby...

adakah kak yebby membaca forum lantas ditukar namanya menjadi yebby? nasib baik kita ada nama lain = bakyah..
Quote Lavender_Violet 27-10-2022 05:01 PM
Baru 45 ke sheols nih
Iols ingat dah 48 gitu
Tapi cantik sheols dlm pic yg muka aje tu
Quote nura19 27-10-2022 05:03 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote LadyCarefree 27-10-2022 05:14 PM
Semoga tenang di sana. Rest in peace.
Quote Perawankota 27-10-2022 07:38 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Salam takziah
Quote lazim 27-10-2022 07:50 PM
Buah pinggamg mmg pyh hyt nk lama.  Btl2 kena jaga mkn.  Iols kesian kt penasihat kewangan key tu.  Duit byk muda lg tb2 sakit buah pinggang.  Takdir btl.  
Quote rosedemon 28-10-2022 10:55 AM
takziah diucapkan utk yebby
Quote dudaberhias 28-10-2022 10:57 AM
takziah... semoga di permudahkan urusan... muka abby nampak macam 60an terus... mesti banyak menangis... apa2 pun al fatihah dan semoga tabah yach...
Quote Riz_one 28-10-2022 10:58 AM
salam takziah...
Quote irsa 28-10-2022 11:11 AM
Salam takziah kak yebby
Quote ciksom 30-10-2022 07:58 AM
Salam takziah yebby
Quote Suchi 30-10-2022 03:32 PM
Takziah abby dan family, cemana rasa masa dialisis sakit snagat ke ye? Bahaya plak sampai pengsan.

Muka abby pun dh semakin mirip arwah mak dia.
Quote syamzana 30-10-2022 03:38 PM
innalillah...semoga arwah tenang disana.
besar+tggi plak anak abby yg adik tu ye. lg tggi dari mak dah.
Quote Nenolen 30-10-2022 04:03 PM
Salam takziah…

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056759 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top