CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tulang Rusuk Kanan Mafarikha Akan Ditebuk, Kemungkinan Hidap Tibi

27-10-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1976| Komen: 11

Mafarikha Akhir yang dijangkiti Covid-19 tahap lima sejak Selasa lalu memaklumkan tulang rusuk bahagian kanannya akan ditebuk pada petang Khamis.

Mafarikha, 29, berkata, doktor menyarankan dia menjalani prosedur berkenaan selepas paru-paru bahagian kananya berada dalam keadaan tidak stabil.

Foto: IG

Prosedur itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti jenis cecair yang terperangkap di dalam bahagian organ berkenaan.

"Disebabkan kandungan cecair dalam paru-paru kanan sekejap stabil dan tidak, pihak hospital sarankan untuk tebuk tulang rusuk kanan untuk periksa sama ada cecair yang tersekat itu jenis lendir, darah atau pun air," katanya.


Mafarikha memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Instagram Story miliknya pada Khamis.



Sebelum ini, Mafarikha memberitahu dia terpaksa berpuasa selama beberapa hari kerana dikhuatiri air akan masuk ke bahagian paru-parunya.

Dalam pada itu, Mafarikha menjelaskan keadaan tersebut bukan disebabkan oleh Covid-19 tetapi berkemungkinan tuberkulosis atau tibi.

Penyanyi itu juga memaklumkan dia akan menjalani prosedur berkenaan pada petang Khamis dalam keadaan separuh sedar.



"Punca rasanya bukan kerana Covid-19 tetapi mungkin tibi. Insya Allah prosedur akan dilakukan petang ini dalam keadaan separuh sedar.

"Doktor akan bius dan guna alatan baru. Boleh ada kemungkinan untuk terkena paru-paru tapi harapnya tidak, kita nak tengok cecair jenis apa dan membuangnya," jelasnya.

Sementara itu, Mafarikha turut mengharapkan doa daripada peminat agar segala urusan menjalani prosedur berkenaan berjalan lancar.



Terdahulu, penyanyi ini memaklumkan dia sedang menerima rawatan di Hospital Kajang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 sejurus selepas pulang dari Turkiye bersama suami.

Mafarikha turut berkongsi dia mengalami beberapa simptom seperti kesukaran bernafas selain mengalami batuk berdarah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 27-10-2022 03:48 PM
Sape dia ni?

Anyway moga cepat sembuh.
Quote Belibis 27-10-2022 04:23 PM
Penyanyi??? Ntah lerrr..lagu apa pun tak tau.
Quote umbut 27-10-2022 04:25 PM
Ganas betul cobid turkey.. nasib baik aku kena haritu light2 demam manja je
Quote mrsdean 27-10-2022 04:30 PM
get well soon walaupun tak kenal sape dia. teruk jugak ek kne. tp kdg2 terfikir adakah ni AEFI mcm yg geng koperasi slalu canang tu? now adays byk sgt sakit yg pelik2.
Quote bottompro 27-10-2022 04:31 PM
meols harap mafarika coco melon cepat sembuh.
jika ada tb 6 bulan kena makan antibiotic.
harap semua pulih sedia kala
sheols pon penyanyi, paru2 sgt penting. inshaAllah ujian Allah utk mafarika. semoga cepat sembuh
Quote rayna_raynes 27-10-2022 04:33 PM
Belibis replied at 27-10-2022 04:23 PM
Penyanyi??? Ntah lerrr..lagu apa pun tak tau.

Dengar lagu indon kat tiktok je sebab tu tak kenal lagu penyanyi malaysia


Quote Lavender_Violet 27-10-2022 04:37 PM
Takutnya dengar
Moga cepat sembuh...
Quote AcikBuncit 27-10-2022 04:45 PM
Bru tau ada retis nama mafarikha ni.. Skali pndang mcm azfar heri ni ponen tu..
Quote nura19 27-10-2022 05:05 PM
Kesian nye..semoga cpt sembuh...i kena covid bln 2..x la teruk cuma lately selalu rasa sesak dada..nk bernafas mcm sempit...
Quote LadyCarefree 27-10-2022 05:12 PM
Kesiannya. Hope cepat sembuh. Memang iols akan tetap pakai mask je lah lepas ni. Covid. Tb pun dah come back. Also elok kurang bau mulut orang. Bau ketiak orang.
Quote rosedemon 28-10-2022 10:55 AM
apa mksd mafarikha ni. pelik ssh nak sebut. nak doakan pun berbelit lidah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.033035 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top