CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Malaysia Kantoi Masuk Secara Haram Ke Indonesia- Kempunan Nak Jumpa Awek Batam, Rindu Lepas Jumpa Di Kelab Malam Johor

27-10-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3946| Komen: 49

Batam: Seorang lelaki warga Malaysia ditahan kerana masuk secara haram ke Indonesia kerana mahu bertemu kekasihnya.

Lelaki itu pada mulanya masuk ke Indonesia menerusi Batam dengan menggunakan khidmat ejen.

Dia dilaporkan perlu membayar RM2,500 kepada ejen untuk membolehkannya masuk tanpa melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa imigresen Indonesia.

Lelaki itu berbuat demikian untuk bertemu kekasihnya yang berasal dari negara berkenaan selepas mereka berkenalan di sebuah kelab malam di Johor.

Namun tahun lalu, wanita terbabit bagaimanapun pulang ke Indonesia selepas Covid-19.

Foto: Harian Metro


Selepas pandemik mula pulih dan sempadan antarabangsa dibuka, lelaki terbabit membuat keputusan untuk bertemu kekasihnya.

Lelaki itu kemudian menaiki bot melalui Pulau Rangsang sebelum membeli tiket feri untuk menuju ke Batam.

"Saya mahu bertemu kekasih di Indonesia," kata lelaki terbabit menerusi penterjemah ketika ditemu bual.

Bagaimanapun, lelaki itu mengakui tidak sempat bertemu kekasihnya selepas dia ditahan polis.

Selepas dua hari di Batam, dia tidak bertemu kekasihnya dan membuat keputusan untuk pulang semula ke Malaysia.

Namun, sebaik tiba di perairan Pulau Rangsang untuk kembali ke Malaysia, dia ditahan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) pada 6 Ogos lalu.

Lelaki itu ditahan bersama sembilan lagi warga Indonesia yang mahu menyeludup masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Sementara itu, Ketua Imigresen Riau, Theodorus Simarmata berkata, pihaknya sudah memaklumkan penahanan lelaki terbabit kepada Konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, tiada maklum balas diterima daripada pihak konsulat walaupun lelaki terbabit mengakui warganegara Malaysia. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 27-10-2022 01:34 PM
hokalohh kalau kau ikut procuder just bayar duit buat pasport n tiket ferry aja dari kau burn rm2500 utk kena cekup.
Quote cmf_premierleag 27-10-2022 01:36 PM
Bodohnya la kan...masuk je la pakai pasport mcm biasa.
X pasal2 melayang duit
Bukan susah mana pun nk masuk batam ni..akak masuk ikut harbour view bay.duk hotel area situ sbb ramai sporean berkuntum. Diorg kt situ masuk ikut tanamerah jetty spore
Quote Supersirap 27-10-2022 01:38 PM
Selalu orang sana masuk sini secara haram, tapi kes ni sebaliknya
Quote kasibiman 27-10-2022 01:39 PM
Exactly. Passport only a fraction of the cost
Quote JunkMail 27-10-2022 01:40 PM
Ku sebenarnya takde ic kan? Sebab tu tak buat passport. Kan kan...
Quote venom1 27-10-2022 01:41 PM
plot twist agaknya ni..ntah2 bukan warganegara Malaysia
Quote prettyuglybabe 27-10-2022 05:09 PM
kos buat passport + tix lagi murah dari bayar agent..
i suspek beliau memang indon bukan orang malaysia..
Quote CiliPadiSedap 27-10-2022 05:13 PM
my theory dia ada blacklist xlepas border.
Quote renko 27-10-2022 05:14 PM
demi asam keping yang entah dah berapa ramai guna
hahahahaha
Quote imanjannah 27-10-2022 05:31 PM
mcm leluhur piskis je, buat cerita lepas ditahan
Quote ellejo 27-10-2022 05:33 PM
entahkan ic palsu cemana nak buat pesport
Quote akies 27-10-2022 05:42 PM
Penangan cinta..
Quote trisnalovezul 27-10-2022 06:03 PM
Susah ada beritanya.maafin aku igt ngak ada beritanya disini
Quote trisnalovezul 27-10-2022 06:04 PM
prettyuglybabe replied at 27-10-2022 05:09 PM
kos buat passport + tix lagi murah dari bayar agent..
i suspek beliau memang indon bukan orang malay ...

Hakikatnya rmai yang suka sma wanita Indonesia semua bangsa ada nikah sama kami..jadi jgn pelik kalo jumlah kami lebih rmai dri wanita malaysia asli kerna laki msia pilih kami utk dijadikan istri..do singapur pun sama juga
Quote trisnalovezul 27-10-2022 06:08 PM
cmf_premierleag replied at 27-10-2022 01:36 PM
Bodohnya la kan...masuk je la pakai pasport mcm biasa.
X pasal2 melayang duit
Bukan susah mana pun  ...

Iya..rakyat singapur rmai nikah sama wanita Indonesia di batam.kawan ku rmai juga nikah dgn laki singapura kaya di batam..ada antara mereka bulan madu atau Luang masa sama istri rahsia mereka disana kerna pemandangan di sana cantik
Quote trisnalovezul 27-10-2022 06:09 PM
CiliPadiSedap replied at 27-10-2022 05:13 PM
my theory dia ada blacklist xlepas border.

Iya ku pikir begitu..ngak boleh travel ke luar negara kerna bankrupsi..tpi kerna cinta sama wanita Indonesia sanggup harungi halangan.nampak seperti laki cina
Quote MissVixen 27-10-2022 06:10 PM
Pelik je. Entah2 lelaki ni anak campuran trisna zul yang takde ic biru dan passport..atau jenis jantan taguna yang tak bayar hutang dan passport disekat. Pokoknya, yang gila bayang bangsa trisna ni jenis jantan2 reject dan bermasalah..
Quote CiliPadiSedap 27-10-2022 06:13 PM
trisnalovezul replied at 27-10-2022 06:09 PM
Iya ku pikir begitu..ngak boleh travel ke luar negara kerna bankrupsi..tpi kerna cinta sama wanita ...

Diamlah bibik indon . Bontot monyet merah
Quote pinggan 27-10-2022 06:14 PM
Buang duit, buang masa & buang tenaga. Yo bang, duk dalam Gua ke selama ni? Passport pernah dengar x?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.140393 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top